Verrry the panjang tau..bertabahlah membacanya... =.=!
Intro
Apabila saya mengetahui bahawa latar belakang permandangan dalam filem 'Avatar' adalah sebuah adaptasi daripada kawasan pergunungan di negara China, saya mula mencari maklumat berkenaan lokasi tersebut.
Seperti yang kita tahu, dalam filem Avatar, makhluk biru yang digelar Na'vi tinggal di dalam sebuah kawasan hutan rimba laksana 3D yang mistik, cantik dan dikenali sebagai Pandora. Dalam filem tersebut, rupa gunung-ganang sangat unik dengan permandangan indah batu-batuan yang seakan-akan tergantung (floating).
Intro
Apabila saya mengetahui bahawa latar belakang permandangan dalam filem 'Avatar' adalah sebuah adaptasi daripada kawasan pergunungan di negara China, saya mula mencari maklumat berkenaan lokasi tersebut.
Seperti yang kita tahu, dalam filem Avatar, makhluk biru yang digelar Na'vi tinggal di dalam sebuah kawasan hutan rimba laksana 3D yang mistik, cantik dan dikenali sebagai Pandora. Dalam filem tersebut, rupa gunung-ganang sangat unik dengan permandangan indah batu-batuan yang seakan-akan tergantung (floating).
My Na'vi... cantekkk takkk???? |
My bucketlist - Zhangjiajie
Saya memang akan 'excited' bila bercakap tentang Zhangjiajie. Saya mula berfikir-fikir untuk mendaki gunung tersebut pada tahun 2014. Walaubagaimanapun, hasrat tu terpaksa ditangguhkan kerana pada tarikh saya sepatutnya ke sana, insiden MH370 baru sahaja berlaku. Pada waktu itu, kami dinasihatkan untuk stay low profile. Tiket dan pakej tourist terpaksa saya batalkan. Jadi, perancangan ke Zhangjiajie hanya diteruskan oleh rakan saya yang menaiki keretapi ke Changsha - dan kemudiannya bas ke Zhangjiajie. Secara keseluruhannya tempoh perjalanan beliau ialah 9 jam daripada Guangzhou. Dan beliau pulang dengan cerita dan gambar-gambar yang sangatlah cantik. Terus panas bontot dibuatnya. Mana boleh tahannnnn tengok......!!!!
So I told myself; before I go back for good, I have to be in Zhangjiajie! Oleh kerana saya tidak mahu untuk membuang masa selama 9 jam di dalam keretapi, saya telah pun menaiki kapal terbang direct daripada Guangzhou - Zhangjiajie yang mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Hahahaha...so boleh agak-agaklah jarak dia berapa jauh kan tempat ni?
Mengikut perancangan asal, trip ini utk 3 orang. Ala-ala Mom's day out gitu. Tapi, lepas tu kami rasa better ada lelaki dalam group, untuk keselamatan sebab journey agak challenging. So my friend, Kathy try ajak suami dia. Unfortunately suaminya tak free. So last minutes, saya ajak kawan baik saya di Guangzhou (orang Malaysia), Chan Yik Sing. Nasib baik Chan nak join. So this trip will be me, Chan, Kathy dan Venus. We all dah survey habis-habisan, memanglah sangat tak sesuai nak bawak anak ke situ, so saya dan Kathy decided kita pergi solo.
Kami sampai ke Zhangjiajie dalam pukul 10 malam. Zhangjiajie hanya ada sebuah airport yang kecil. Sampai-sampai aje.. terkejut tengok luggage belt di arrival area hanyalah 1 sahaja! Punyalah lambat nak tunggu lunggage sampai dan orang kat dalam tu dah crowded. So, saya dan Chan hanya tunggu kat luar aje. Siap boleh tengok lagi beg kitorang yang baru sampai untuk di unload. Epikkk sungguh!
Akak ni cuba utk menjadi pekerja airport dengan mengambil begnya sendiri. |
Lepas dapat aje beg, Kathy dan Venus sudah pun menunggu di luar arrival hall. Diorang memang berasal daripada Hunan Province.
Selepas itu, kami terus ke hotel dan isi perut yang sedikit lapar (sedikitttt?????? sila tengok gambar di bawah). Perut kenyang lepas tu terus naik tidur sebab nak kumpul tenaga untuk mendaki esok.
Makan malam sesudah tiba di Zhangjiajie. |
Perjalanan bermula
Pagi yang indah, cerah dan udara yang sangat-sangat nyaman. Cuaca pada pagi itu ialah 15 darjah celcius dan sedikit berkabus tetapi nampak matahari. Usai sarapan kami terus memulakan perjalanan daripada hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Zhangjiajie dan menuju ke Zhangjiajie Natural Forest Park.
Actually, Zhangjiajie adalah nama sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Hunan Province. Sebuah bandar yang dikelilingi gunung-ganang pelbagai bentuk melatari segenap permandangan. Sebuah bandar yang kecil (bagi skala negara China) dan penduduknya adalah 70% daripada etnik 'Tujia'.
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang selama 40 minit dengan menaiki van. Kami tiba di Zhangjiajie Natural Forest Park yang merupakan Taman Negara pertama di China. Mula dibuka pada tahun 1982, kerajaan China melaburkan wang berbillion yuan bagi menjadikan Taman Negara ini sebuah kawasan yang bersih, cantik dan interaktif.
Di dalam kawasan Zhangjiajie Natural Forest Park inilah tersimpan khazanah alam yang sangat berharga dan diiktiraf UNESCO iaitu kawasan pergunungan 'Yangjiajie' yang terletak di perkampungan Wulangyu dan pergunungan 'Zhangjiajie' atau lebih dikenali sebagai 'The Hallelujah Avatar Mountains'.
Di dalam kawasan Zhangjiajie Natural Forest Park inilah tersimpan khazanah alam yang sangat berharga dan diiktiraf UNESCO iaitu kawasan pergunungan 'Yangjiajie' yang terletak di perkampungan Wulangyu dan pergunungan 'Zhangjiajie' atau lebih dikenali sebagai 'The Hallelujah Avatar Mountains'.
Ketibaan kami di Zhangjiajie Natural Forest Park disambut dengan Statue Pelukis terkenal China yang saya tak ingat namanya (tapi kalau tengok tulisan pada batu tu, nama terakhirnya ialah Zhong). Beliau adalah pelukis berbakat yang paling awal datang ke Zhangjiajie. Semasa hayatnya, karya-karya agung beliau sering menggambarkan gunung-ganang di kawasan ini.
Patung pelukis terkenal. Di belakang nampak formasi gunung-ganang |
Melalui penerangan Venus, beribu-ribu tahun dahulu, kawasan gunung-ganang Zhangjiajie ini adalah sebuah lautan yang sangat luas. Selepas lautan surut, ia membentuk formasi batu-batuan unik yang terkumpul daripada mineral-mineral dan menjadi kawasan gunung-ganang. Subhanallah.... dalam kepala saya berfikir... adakah itu waktu banjir besar Nabi Noh?
Kami kemudiannya mula mendaki kawasan dengan menaiki tangga-tangga yang disediakan. Dalam 40 minit, selepas itu perlu mengambil bas untuk ke Cable Car Station yang terletak di bahagian pertengahan gunung. Tujuan naik Cable Car ini ialah kerana nak sampai ke Wulangyu Village yang menempatkan kawasan pergunungan Yangjiajie.
Bukan peak-season tapi tetap ramai pelancong |
Perjalanan Cable Car adalah sejauh 2.5 km. sekejap aje.. dalam 10 minutes. Cable car ni bergerak merentasi gunung-ganang dan saya dah tak sabar-sabar nak tengok permandangan dari atas gunung.
Bila kami tiba di Wulangyu Village, kami perlu mendaki selama 1 jam setengah untuk sampai ke puncak Yangjiajie. Bermula dengan trek yang disediakan seperti anak mata tangga sehinggalah kena panjat batu-batan dan memegang akar-akar banir pokok. Pada setiap saat, memang mata saya tak lepas melihat gunung-ganang yang pelbagai bentuk, dihiasi dengan tumbuhan pokok tidak sekata membentuk satu kejadian yang sangat-sangat menakjubkan. Sepanjang perjalanan kami tak banyak bercakap. Masing-masing fokus pada perjalanan yang sedikit bahaya dan mendebarkan. Mulut saya berselang-seli baca Bismillah, sebab takut tergelincir dan Subhanallah, Subhanallah... view sangat-sangatlah cantik tak terucap.
4 of us at Yangjiajie before we started the challenging climbing. From left is Kathy, myself, Venus and Chan |
Sesekali kami berhenti, menarik nafas. Ada beberapa tempat yang ada ruang untuk bergambar kami akan ambil peluang untuk merakamkan lukisan Illahi dan saat indah kami di atas gunung. Selepas mengumpul kembali kekuatan, kami bergerak semula mendaki. Betullah cakap orang-orang tempatan, Zhangjiajie sangat 'body demanding', sebab ada tempat sangat-sangat curam dan tak boleh berhenti.
Berehat sebentar.... ada ruang bergambar pulak tu...masa ni tercungap-cungap nafas fuuhhhh! |
Me with my good friend, Kathy |
Buaian ni macam kincir air aje... manual |
Hampir separuh perjalanan, ada tempat untuk singgah berhenti makan, macam gerai kecil sahaja. Tapi perut kami masih kenyang. Menariknya, kat tempat tu ada sebuah alat permainan lama yang seperti buaian. Apalagi, saya dan Kathy ambil peluang untuk menjadi kanak-kanak Ribena sekejap. Bayar 20 yuan, dan main dalam 2 minit.
Tetap bergaya you olls.Protokol tak bertempat namanya ni! |
Selepas itu, kami meneruskan pendakian. Ada tempat yang sangat sempit... tak boleh berselisih, muat-muat aja badan (Chan kena squezze badan, nasib baik lepas!) Akhirnya setelah kami mendaki selama hampir 1 jam setengah, kami tiba di puncak gunung Yangjiajie. Di situ terdapat sekumpulan kaum Tujia yang menyediakan khidmat fotografi dalam pakaian tradisional mereka. Saya pun try lah pakai costume dan head gear mereka ni. Ok doppp???
Kaum Tujia ni banyak menggunakan barangan perak (silver) sebagai perhiasan diri. Saya perhatikan orangnya bersaiz kecil (pendek-pendek aje) terutamanya yang agak berusia. Yang muda-muda pula saiznya sederhana sahaja.
Waktu itu kabus penuh melitupi kawasan atas gunung. Satu apa pun tak nampak... Jadi kami ambil keputusan untuk berehat sebentar dan isi perut sedikit. Saya hanya minum sup kurma merah dan fungus (itu aje yang boleh makan pun). Sambil-sambil tu kami berborak ringan (mulut dah keluar asap-asap sebab sejuk). Venus dan Kathy buat lawak suruh kita 'bloww away the fog' hahhaha....
Ubat tradisional |
Stop sekejap sambil tunggu kabus berlalu pergi |
Waktu kami hampir selesai makan, tiba-tiba terdengar orang ramai menjerit... "Dah boleh nampak gunung...awan dah bergerak!!!" Kira macam itulah translation nya...nnti I tulis bahasa cina you olls tak paham pulak. hihihihi... So apalagi, kami pun bergegas menuju ke kawasan puncak gunung dan dihadapan saya adalah ..... WOWWWW!!! SUBHANALLAH... MASYAALLAH.. ALLAHU AKHBAR!!!! Cantiknya tu tak terkata...
Memang satu permandangan yang cukup indah apabila gunung terlihat dibahagian atas dan awan berada di tengah-tengah... memang nampak mcm floating... dan ada kawasan yang berbalam-balam nampak gunung seolah-olah berlumba-lumba untuk keluar dari perut bumi. Laksana tiang-tiang yang berpasak-pasak membentuk cerucuk berbalut awan putih. Saya ada kongsikan gambar dalam FB saya, dan di bawah ini adalah sedikit gambar....
Nampak tak gambar kat atas ni, ada macam pondok kat situ? Diorang kata lai..lai... kat sini lagi cantik permandangan. Okayyy kami pun decide nak pergi... tapi dia punya route... Ya Robbi...sangatlah mencabar dan bahaya sebab stail tangga besi yang dicucuk dalam batu. So kenalah mendaki tangga tu. Saiz tangga tu kecik, tergantung tegak dalam 80 - 90 darjah dan masa panjat tu di kiri kanan bawah adalah gaung! So bayangkanlah, memanjat tangga ala-ala kelasi kapal di atas gunung! Hampeh sungguh ada apek-apek yang sambil panjat dok jerit-jerit sebab nak test suara nak dengar 'echo' sound diorang yang bergema-gema kat kawasan gunung tu! Saya punyalah takut, tapi tak boleh nak patah balik dah..sebab dah panjat... orang kat belakang dah start panjat jugak dengan jarak lebih kurang 3 - 5 meter seorang.
Sempat posing hokay! Haruslah bergaya walau naik gunung. |
Tak puas mata memandang Lukisan Alam ciptaan Allah |
Alhamdulillah, selamat jugak kami sampai. Venus tak ikut pergi tempat ni. Dia tunggu kami di pondok makan tadi.... dia cakap kaki dia dah rasa sakit sikit-sikit. Oleh sebab nak daki jauh lagi, so okaylah kitorang kasi dia rest sekejap.
Lepas puas bergambar, kami turun balik dan masa nak turun lagilah mencabar. Sebab nak kena turun style macam naik tu. Memang slow-slow... masing-masing tarik nafas dalam-dalam sambil ketap bibir. Lepas tu, ada area kena give and take dengan orang yang nak naik pulak. Sebab diorang tak sabar-sabar nak naik, takut awan tutup semula gunung-ganang tu.
Finding my Na'vi at Pandora
Selepas turun daripada Yangjiajie, perut kami terasa lapar yang amat. Kami mula bergerak turun perlahan-lahan (patah balik ikut arah naik) dan mula ambil kabel car, bas dan jalan kaki untuk cari restoran. So dah jumpa restoran, kami pun duduk makan. Masa tu dah pukul 230 petang.
Selepas itu, kira-kira pukul 330 petang kami mula kan perjalanan untuk ke arah kawasan pergunungan yang disebelahnya. Kali ini lebih berkobar-kobar, almaklumlah nak tgk Pandora. Route kali ini agak mudah berbanding Yangjiajie. Semuanya anak mata tangga dan agak besar membolehkan pengunjung berselisih. Waktu itu matahari dah seratus-peratus keluar, kiri kanan dah takde awan tebal. Kami mengambil masa 1 jam untuk mendaki. Ala-ala jungle tracking jugak. Sambil berjalan kami berbual-bual, ambil gambar. Masa tu memang dah start nampak kawasan Hallelujah Mountain. Hati saya dah menjerit-jerit kecil tak sabar nak tengok depan-depan mata. Dan akhirnya....kami tiba jua di kawasan adaptasi filem AVATAR.
Sungguh unik, sangat cantik dan memang pelik formasi batu-batuan yang membentuk gunung-ganang tinggi mencanak-canak timbul. Ada yg berbentuk bulat seperti sfera, ada yang setongkol, ada yang bertingkat-tingkat. Saya perhatikan gunung-ganang itu seolah-olah gembira menyambut ketibaan para pelancong. Setiap penjuru, setiap ruang mata yang memandang adalah berbeza rupa bentuknya. Tak puas mata memandang. Saya rasa terlalu banyak gambar yang saya ambil di kawasan ini. Kami juga beruntung, kerana pengunjung tidak terlalu ramai. Jadi kami masih boleh ada privasi untuk bergambar. Kalau tidak... haaa nasiblah... semua gambar penuh dengan pelancong. Kami mengambil kesempatan untuk menatap sepuas-puasnya lukisan Tuhan yang Maha Kaya. It was sooo great and beyond imagination that HIS creatures of more than 3,000 mountains portrayed in such a beautiful scenery. All I can say is GOD IS GREAT. Subhanallah, all praises to HIM and Allahu Akhbar! Di bawah ini adalah gambar-gambar di Pandora. Saya tak mahu taip banyak... biarlah gambar yang berbicara....
Berlatarbelakangkan Hallelujah AVATAR Mountains |
Di atas jambatan yang merentasi 2 buah gunung dengan ketinggian 1.100 m dari aras laut |
I'm speechless.... |
Burung Na'vi di abadikan di sini sebagai Simbol Filem AVATAR |
Beautiful |
Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Hanya sesekali matahari ditutupi awan menjadikan warna Pandora berubah-ubah. Itupun tidak dapat melitupi pandangan kami sehinggalah saat kami mahu turun meninggalkan Pandora.
Actually, kami boleh naik/turun ke Pandora dengan menaiki Elevator yang paling tinggi di dunia. Tapi kami memang nak mendaki, tak challenging lah naik elevator. Masa nak turun kami cuba nak beli tiket .... tengok barisannya...beratur panjangnya Ya Robbi... Penjaga kaunter tiket cakap kalau beli tiket untuk turun, kena tunggu 2 jam baru sampai turn kami utk turun elevator. So baik kami pool car dengan pelancong lain, untuk turun ke down town. Dari atas puncak Pandora, sehingga ke bandar di hotel kami menginap, mengambil masa 1 jam 40 minit dengan MPV. Turun-turun aje, kami terus pergi massage kaki. Sebab dah sakit dan takut esok akan jadi lebih teruk. Malamnya kami menonton Teater The Woodman and Fairy Fox, sebuah persembahan teater musikal sejarah Tujia yang mengkagumkan dibarisi oleh 500 orang pelakon teater, dan disaksikan secara langsung oleh 4,000 penonton di tengah-tengah kawasan gunung Tianmen! Saya kasi 6 bintang!
Kami pulang ke hotel pada pukul 1030 malam dan sebelum saya melelapkan mata, hati saya berbisik....
"Terima Kasih Allah kerana memberi peluang aku menjejakkan kaki ke Zhangjiajie, dan aku dapat mendaki dan turun dengan selamat!"
Thank for reading, please wait for the next chapter of my journey in Zhangjiajie.
No comments:
Post a Comment