Saturday 4 April 2015

Zhangjiajie 张家界 - 999 stairs to Heaven's Gate

Di hadapan Heaven's Gate, Tianmen Mountain
Bangun pagi tu rasa amazing! Sikit pun kaki tak sakit. Maybe sebab semalam dah urut kaki after turun dari gunung. So kitorang plan hari kedua nak pergi tengok bunga-bunga peach blossom dan lepas tu nak pergi Tianmen Mountain. 

Oh, maybe ada yang tak faham kisah ni. Actually, entry ini adalah sambungan kisah sebelumnya (so kena baca entry sebelumnya).

Akan tetapi...selepas breakfast, hujan mula turun renyai-renyai. Tapi kami tetap nak teruskan juga perancangan untuk pergi tengok Peach Blossom (spesis Sakura). Bila sampai ke kawasan gunung, kenderaan peribadi tak dibenarkan masuk. So nak kena menapak naik atas gunung. Guard cakap 1 jam untuk sampai ke ladang bunga. Halfway kami naik bukit, hujan semakin lebat dan air dari atas bukit turun dengan laju. Chan cakap nampak macam bahaya... sebab air turun deras. Kami tak nak ambik risiko, jadi kami berpatah balik ke arah tempat parking kereta. Kasut kami pun dah mula basah. 

Memanglah agak hampa... tapi bila kami sampai di kawasan parking kereta, saya lihat di hadapan saya adalah sebuah bukit besar yang penuh dengan tanaman pokok Peach Blossom! Apalagi, riang bukan kepalang... at least adalah sedikit kenangan untuk dibawa pulang. Dalam hujan tu, sempat lagi kami ambil beberapa keping gambar bunga-bunga yang cantik dan suasana sekeliling yang nampak 'segar'. 


Saling tak tumpah seperti sebuah lukisan. Pokok bunga kuning tu ialah Grape Seed Flower, boleh dijadikan minyak masak.

Aksi dalam hujan sambil berpayung.
Masuk aje dalam kereta, kami pun mula menyusun kembali itinerary...dah hujan lebat ni, mana nak pergi? Nak pergi tengok tasik pun dah tak sesuai... sebab nanti nak naik bot sure bahaya dan takkan nampak apa. Jadi Venus mencadangkan kita semua ke sebuah Istana Lama yang dahulunya didiami oleh Maharaja etnik Tujia yang terletak di sebelah Timur bandar Zhangjiajie. Lawatan ke Istana Tujia ni memang menarik sebab bangunan tersebut telah pun dibangunkan sebagai Museum Tujia. Kami dapat lah tengok adat resam, persembahan budaya dan yang paling best ialah bila kami berkunjung ke area makanan. Kalau korang nak tahu, orang-orang Hunan Province makan makanan yang pedas-pedas. So memang banyak jugaklah kami beli cili-cili dan tak lupa saya dapat makan Smelly Toufu!

One of my favorite, Smelly Toufu

Di kawasan serambi bilik Puteri Raja
Saya dan Kathy di kawasan Balkoni
Dah macam Lawatan Sambil Belajar, sebab pergi Museum.. heheheheh


Selepas dah selesai tour Museum, kami taobao spicy mee untuk makan dalam van. Cuaca dah bertambah baik jadi kami mengambil keputusan untuk terus menuju ke Tianmen Mountain. Perjalanan adalah dalam 10 minit dengan van ke arah Stesyen Cable Car. Untuk rekod, cable car yang akan kami naiki ini adalah yang terpanjang di dunia iaitu jarak perjalanan sepanjang 7.5 km dan akan mengambil masa selama 35 minit menuju ke puncak paling tinggi di Zhangjiajie iaitu 1,500 meter daripada aras laut. 

Apa yang menariknya, kami dapat melihat daripada dalam cable car, lingkaran jalan raya sebanyak 99 'bends' atau pusingan (ni yang Venus bagitahu) untuk sampai ke puncak Tianmen.. Haiiyoooo penin kepala kalau naik daripada bawah ni. Suasana di sekeliling adalah permandangan yang sangat cantik dengan tompok-tompok awan dan kawasan pergunungan yang berwarna hijau dan kebiru-biruan. Ada masa kami akan masuk ke dalam kelompok awan, dan ada ketikanya kami dapat melihat gunung yang tersergam indah. 







Sukan Ex-stream di Tianmen. Flying Canopy
Cantikkan gambar dari dalam Cable Car? Saya juga ada tambah dua keping imej daripada pelancong lain yang dimuatnaik ke dalam internet untuk memberi gambaran 99 bends - Laksana ular panjang yang melingkar-lingkar memanjat gunung.   

Selepas 35 minit, kami pun sampailah di puncak gunung Tianmen. Suasana pagi itu agak sunyi, mungkin sebab baru lepas hujan, jadi tidak ramai sangat pelancong. Permandangan di sekeliling putih bersih... dah macam musim Salji pula. Masih banyak lagi pokok-pokok yang hanya tinggal ranting, belum tumbuh daunnya. Banyak pokok-pokok yang tumbuh di kawasan gunung tersebut, cantik menjalar menampakkan warna hijau, adakalanya kelabu dan coklat kehitaman. 

Putih... seperti musim salji pula. tinggal takde salji aje
Permandangan cantik di atas gunung


Dan elemen yang paling menarik di atas Tianmen Mountain sudah semestinya Glass Floor sepanjang 80 meter yang dibina ditepian, seolah-olah melekat pada sisi gunung. Nasib baik saya bukan jenis yang gayat... cuaca yang berkabus juga membantu... sekurang-kurangnya kami tak nampak sangat keadaan di bawah. 

Memang menarik.... tapi dalam pada teruja saya juga agak risau.. manalah tahu...kalau -kalau glass tu retak ke.. pecah ke..almaklumlah..'Made In China' kannn... heheheheh... tapi tahap keselamatan memang sentiasa dititikberatkan dan dipantau oleh petugas. Saya rasa hari kedua ini lebih relaks berbanding semalam yang memerah seluruh tenaga. Di bawah ini adalah imej glass floor yang menjadi salah satu daya tarikan di sini.  



Selepas itu, kami mula turun menggunakan cable car untuk menuju ke arah Heaven's Gate. Untuk ke sana, kami perlu berhenti di Middle Station dan mengambil bas yang akan membawa kami ke kawasan sebuah pergunungan yang memiliki batu yang berlubang seolah-olah pintu masuk ke arah satu alam yang lain. Alamakkk... saya baru aje cakap tadi... rasanya hari kedua lebih relaks, tapi rupa-rupanya kami perlu mendaki 999 anak mata tangga yang sangat curam untuk tiba di Heaven's Gate! Memang ada escolator, tapi kami nak experience jugak menaiki tangga tu. 


Venus masih mengelat lagi sekali sebab dia sakit kaki! Hahhaha... so saya, Chan dan Kathy naik perlahan-lahan. Mula-mula, setiap kiraan 100 saya berhenti. Lama-lama rasa mcm tak cukup oksigen dan kaki rasa mcm nak cramp... so saya stop rehat sekejap. Chan pulak steady aje... yelah, dia dulu athlete .. So dia dah macam coach sukan pada saya dan Kathy. Ajar teknik pernafasan dan bagi kata-kata semangat pada kami untuk terus kan mendaki. Lucu pulak bila fikir balik.... tapi akhirnya kami berjaya juga mendaki 999 mata tangga yang bersamaan 3 kali ganda Batu Caves! 

Yeayyy... berjaya!
Inilah wajah ceria apabila kami sampai ke atas. Bila mendongakkan kepala, di depan mata saya adalah Heaven's Gate yang berstruktur seperti gua yang berlubang dengan ketinggian yang entahlahlah berapa meter... Penat sangat ohoiiii.. dah sampai tak larat nak baca notice board tu. Nafas turun naik dan dah boleh dengar bunyi jantung berdegup kuat seolah-olah berada dekat sangat dengan telinga.  Yang saya nampak, ada poster berkenaan beberapa pertunjukan akrobatik dan penerbangan melintasi 'pintu' tersebut. 


Mau tak seram... cerr tengok nih!
Mengikut kepercayaan orang tempatan, dikhabarkan seketul batu jatuh dari langit membentuk rupa 'pintu' seperti itu. Bila pandang lama-lama lubang tu, macam seram pun hadooo.... takuttt sebab tak tahu apa yang ada disebaliknya... Teringat kisah Batu Belah Batu Bertangkup pun iya juga.

Kami tak nak pergi dengan lebih jauh, juga tak mahu turun ke bawah semula dengan tangga kerana sangat bahaya dan curam. 

Selesai bergambar, kami sempat mengabadikan 'Friendship Lock' di hadapan Heaven's Gate, dengan meletakkan mangga tanda persahabatan kami. (Kebetulan pulak Chan ada bawak mangga).


Kami turun dengan escolator, bertemu dengan Venus yang dah tersengih-sengih kat bawah..... Sebelum balik ambik gambar lagi... rasa tak percaya, boleh mencabar diri dan berjaya naik dengan kaki sendiri! Cayalah.. lepas nih boleh lah naik office ke tingkat 18 tu naik tangga..hahhahahah....   


Dah ... habis basah kasut dan seluor... kat atas tadi tiba2 hujan. Jadi budak sekejap.. main hujan.


Hari pun beransur petang, dah pukul 430. Jadi kami dengan segera turun ke bawah, ambil van dan terus ke kedai makan yang sangat authentik. Makan seperti satu keluarga zaman dahulu dihadapan dapur pemanggang. Tapi disebabkan sampai-sampai tu kasut dan stokin kami basah lenjun, tengok lah apa yang disalai dahulu... tak senonoh sungguh kan? Kih kih kih... jangan ditiru aksi kami nih.. mau termuntah mak mertua tengok! Tapi kami semua satu kepala.. so tak kisah sebab dah tak tahan sejuk.


Cheers with Kiwi drinks from the mountains. Kiwi murah, tak sampai 1 yuan sebijik




Pada jam 750 malam saya dan Chan berlepas pulang ke Guangzhou. Sedih... sebab meninggalkan Kathy dan Venus selepas 3 hari 2 malam bersama-sama mereka. Yang pasti kami membawa pulang kenangan yang teramat manis, pendakian mencabar untuk melihat gunung-ganang di Zhangjiajie serta jalinan persahabatan yang tidak mengenal agama, bangsa dan negara.

Di dalam perut kapal terbang, saya tersenyum puas... Salah satu impian dalam The Bucket List saya telah tercapai. Alhamdulillah, wa syukurillah... 

Zhangjiajie 张家界, all the precious moments with you... will always be in my mind and nailed into my heart....

Catatan perjalanan ke Zhangjiajie 张家界 - Mendaki Yangjiajie dan pencarian Na'vi di Pandora

Verrry the panjang tau..bertabahlah membacanya... =.=!

Intro
Apabila saya mengetahui bahawa latar belakang permandangan dalam filem 'Avatar' adalah sebuah adaptasi daripada kawasan pergunungan di negara China, saya mula mencari maklumat berkenaan lokasi tersebut. 

Seperti yang kita tahu, dalam filem Avatar, makhluk biru yang digelar Na'vi tinggal di dalam sebuah kawasan hutan rimba laksana 3D yang mistik, cantik dan dikenali sebagai Pandora. Dalam filem tersebut, rupa gunung-ganang sangat unik dengan permandangan indah batu-batuan yang seakan-akan tergantung (floating).

My Na'vi... cantekkk takkk????

My bucketlist - Zhangjiajie 

Saya memang akan 'excited' bila bercakap tentang Zhangjiajie. Saya mula berfikir-fikir untuk mendaki gunung tersebut pada tahun 2014. Walaubagaimanapun, hasrat tu terpaksa ditangguhkan kerana pada tarikh saya sepatutnya ke sana, insiden MH370 baru sahaja berlaku. Pada waktu itu, kami dinasihatkan untuk stay low profile.  Tiket dan pakej tourist terpaksa saya batalkan. Jadi, perancangan ke Zhangjiajie hanya diteruskan oleh rakan saya yang menaiki keretapi ke Changsha - dan kemudiannya bas ke Zhangjiajie. Secara keseluruhannya tempoh perjalanan beliau ialah 9 jam daripada Guangzhou. Dan beliau pulang dengan cerita dan gambar-gambar yang sangatlah cantik. Terus panas bontot dibuatnya. Mana boleh tahannnnn tengok......!!!!

So I told myself; before I go back for good, I have to be in Zhangjiajie! Oleh kerana saya tidak mahu untuk membuang masa selama 9 jam di dalam keretapi, saya telah pun menaiki kapal terbang direct daripada Guangzhou - Zhangjiajie yang mengambil masa selama 1 jam 50 minit. Hahahaha...so boleh agak-agaklah jarak dia berapa jauh kan tempat ni?

Mengikut perancangan asal, trip ini utk 3 orang. Ala-ala Mom's day out gitu. Tapi, lepas tu kami rasa better ada lelaki dalam group, untuk keselamatan sebab journey agak challenging. So my friend, Kathy try ajak suami dia. Unfortunately suaminya tak free. So last minutes, saya ajak kawan baik saya di Guangzhou (orang Malaysia), Chan Yik Sing. Nasib baik Chan nak join.  So this trip will be me, Chan, Kathy dan Venus. We all dah survey habis-habisan, memanglah sangat tak sesuai nak bawak anak ke situ, so saya dan Kathy decided kita pergi solo. 


Kami sampai ke Zhangjiajie dalam pukul 10 malam. Zhangjiajie hanya ada sebuah airport yang kecil. Sampai-sampai aje.. terkejut tengok luggage belt di arrival area hanyalah 1 sahaja! Punyalah lambat nak tunggu lunggage sampai dan orang kat dalam tu dah crowded. So, saya dan Chan hanya tunggu kat luar aje. Siap boleh tengok lagi beg kitorang yang baru sampai untuk di unload. Epikkk sungguh!
Akak ni cuba utk menjadi pekerja airport dengan mengambil begnya sendiri.

Lepas dapat aje beg,  Kathy dan Venus sudah pun menunggu di luar arrival hall. Diorang memang berasal daripada Hunan Province.

Selepas itu, kami terus ke hotel dan isi perut yang sedikit lapar (sedikitttt?????? sila tengok gambar di bawah). Perut kenyang lepas tu terus naik tidur sebab nak kumpul tenaga untuk mendaki esok.

Makan malam sesudah tiba di Zhangjiajie.

 Perjalanan bermula

Pagi yang indah, cerah dan udara yang sangat-sangat nyaman. Cuaca pada pagi itu ialah 15 darjah celcius dan sedikit berkabus tetapi nampak matahari. Usai sarapan kami terus memulakan perjalanan daripada hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Zhangjiajie dan menuju ke Zhangjiajie Natural Forest Park. 

Actually, Zhangjiajie adalah nama sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Hunan Province. Sebuah bandar yang dikelilingi gunung-ganang pelbagai bentuk melatari segenap permandangan. Sebuah bandar yang kecil (bagi skala negara China) dan penduduknya adalah 70% daripada etnik 'Tujia'.


Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang selama 40 minit dengan menaiki van. Kami tiba di Zhangjiajie Natural Forest Park yang merupakan Taman Negara pertama di China. Mula dibuka pada tahun 1982, kerajaan China melaburkan wang berbillion yuan bagi menjadikan Taman Negara ini sebuah kawasan yang bersih, cantik dan interaktif. 

Di dalam kawasan Zhangjiajie Natural Forest Park inilah tersimpan khazanah alam yang sangat berharga dan diiktiraf UNESCO iaitu kawasan pergunungan 'Yangjiajie' yang terletak di perkampungan Wulangyu dan pergunungan 'Zhangjiajie' atau lebih dikenali sebagai 'The Hallelujah Avatar Mountains'. 

Ketibaan kami di Zhangjiajie Natural Forest Park disambut dengan Statue Pelukis terkenal China yang saya tak ingat namanya (tapi kalau tengok tulisan pada batu tu, nama terakhirnya ialah Zhong). Beliau adalah pelukis berbakat yang paling awal datang ke Zhangjiajie.  Semasa hayatnya, karya-karya agung beliau sering menggambarkan gunung-ganang di kawasan ini. 


Patung pelukis terkenal. Di belakang nampak formasi gunung-ganang

Melalui penerangan Venus, beribu-ribu tahun dahulu, kawasan gunung-ganang Zhangjiajie ini adalah sebuah lautan yang sangat luas. Selepas lautan surut, ia membentuk formasi batu-batuan unik yang terkumpul daripada mineral-mineral dan menjadi kawasan gunung-ganang. Subhanallah.... dalam kepala saya berfikir... adakah itu waktu banjir besar Nabi Noh? 

Kami kemudiannya mula mendaki kawasan dengan menaiki tangga-tangga yang disediakan. Dalam 40 minit, selepas itu perlu mengambil bas untuk ke Cable Car Station yang terletak di bahagian pertengahan gunung. Tujuan naik Cable Car ini ialah kerana nak sampai ke Wulangyu Village yang menempatkan kawasan pergunungan Yangjiajie.

Bukan peak-season tapi tetap ramai pelancong
Perjalanan Cable Car adalah sejauh 2.5 km. sekejap aje.. dalam 10 minutes. Cable car ni bergerak merentasi gunung-ganang dan saya dah tak sabar-sabar nak tengok permandangan dari atas gunung.

Bila kami tiba di Wulangyu Village, kami perlu mendaki selama 1 jam setengah untuk sampai ke puncak Yangjiajie. Bermula dengan trek yang disediakan seperti anak mata tangga sehinggalah kena panjat batu-batan dan memegang akar-akar banir pokok. Pada setiap saat, memang mata saya tak lepas melihat gunung-ganang yang pelbagai bentuk, dihiasi dengan tumbuhan pokok tidak sekata membentuk satu kejadian yang sangat-sangat menakjubkan. Sepanjang perjalanan kami tak banyak bercakap. Masing-masing fokus pada perjalanan yang sedikit bahaya dan mendebarkan. Mulut saya berselang-seli baca Bismillah, sebab takut tergelincir dan Subhanallah, Subhanallah... view sangat-sangatlah cantik tak terucap. 
4 of us at Yangjiajie before we started the challenging climbing. From left is Kathy, myself, Venus and Chan

Sesekali kami berhenti, menarik nafas. Ada beberapa tempat yang ada ruang untuk bergambar kami akan ambil peluang untuk merakamkan lukisan Illahi dan saat indah kami di atas gunung. Selepas mengumpul kembali kekuatan, kami bergerak semula mendaki. Betullah cakap orang-orang tempatan, Zhangjiajie sangat 'body demanding', sebab ada tempat sangat-sangat curam dan tak boleh berhenti.

Berehat sebentar.... ada ruang bergambar pulak tu...masa ni tercungap-cungap nafas fuuhhhh!


 Me with my good friend, Kathy
Buaian ni macam kincir air aje... manual

Hampir separuh perjalanan, ada tempat untuk singgah berhenti makan, macam gerai kecil sahaja. Tapi perut kami masih kenyang. Menariknya, kat tempat tu ada sebuah alat permainan lama yang seperti buaian. Apalagi, saya dan Kathy ambil peluang untuk menjadi kanak-kanak Ribena sekejap. Bayar 20 yuan, dan main dalam 2 minit. 

Tetap bergaya you olls.Protokol tak bertempat namanya ni!
Selepas itu, kami meneruskan pendakian. Ada tempat yang sangat sempit... tak boleh berselisih, muat-muat aja badan (Chan kena squezze badan, nasib baik lepas!) Akhirnya setelah kami mendaki selama hampir 1 jam setengah, kami tiba di puncak gunung Yangjiajie. Di situ terdapat sekumpulan kaum Tujia yang menyediakan khidmat fotografi dalam pakaian tradisional mereka. Saya pun try lah pakai costume dan head gear mereka ni. Ok doppp???

Kaum Tujia ni banyak menggunakan barangan perak (silver) sebagai perhiasan diri. Saya perhatikan orangnya bersaiz kecil (pendek-pendek aje) terutamanya yang agak berusia. Yang muda-muda pula saiznya  sederhana sahaja. 

Waktu itu kabus penuh melitupi kawasan atas gunung. Satu apa pun tak nampak... Jadi kami ambil keputusan untuk berehat sebentar dan isi perut sedikit. Saya hanya minum sup kurma merah dan fungus (itu aje yang boleh makan pun). Sambil-sambil tu kami berborak ringan (mulut dah keluar asap-asap sebab sejuk). Venus dan Kathy buat lawak suruh kita 'bloww away the fog' hahhaha.... 

Ubat tradisional
Stop sekejap sambil tunggu kabus berlalu pergi

Waktu kami hampir selesai makan, tiba-tiba terdengar orang ramai menjerit... "Dah boleh nampak gunung...awan dah bergerak!!!" Kira macam itulah translation nya...nnti I tulis bahasa cina you olls tak paham pulak. hihihihi... So apalagi, kami pun bergegas menuju ke kawasan puncak gunung dan dihadapan saya adalah ..... WOWWWW!!! SUBHANALLAH... MASYAALLAH.. ALLAHU AKHBAR!!!! Cantiknya tu tak terkata...

Memang satu permandangan yang cukup indah apabila gunung terlihat dibahagian atas dan awan berada di tengah-tengah... memang nampak mcm floating... dan ada kawasan yang berbalam-balam nampak gunung seolah-olah berlumba-lumba untuk keluar dari perut bumi. Laksana tiang-tiang yang berpasak-pasak membentuk cerucuk berbalut awan putih. Saya ada kongsikan gambar dalam FB saya, dan di bawah ini adalah sedikit gambar....


 

Nampak tak gambar kat atas ni, ada macam pondok kat situ? Diorang kata lai..lai... kat sini lagi cantik permandangan. Okayyy kami pun decide nak pergi... tapi dia punya route... Ya Robbi...sangatlah mencabar dan bahaya sebab stail tangga besi yang dicucuk dalam batu. So kenalah mendaki tangga tu. Saiz tangga tu kecik, tergantung tegak dalam 80 - 90 darjah dan masa panjat tu di kiri kanan bawah adalah gaung! So bayangkanlah, memanjat tangga ala-ala kelasi kapal di atas gunung! Hampeh sungguh ada apek-apek yang sambil panjat dok jerit-jerit sebab nak test suara nak dengar 'echo' sound diorang yang bergema-gema kat kawasan gunung tu! Saya punyalah takut, tapi tak boleh nak patah balik dah..sebab dah panjat... orang kat belakang dah start panjat jugak dengan jarak lebih kurang 3 - 5 meter seorang.  

Sempat posing hokay! Haruslah bergaya walau naik gunung.

Tak puas mata memandang Lukisan Alam ciptaan Allah

Alhamdulillah, selamat jugak kami sampai. Venus tak ikut pergi tempat ni. Dia tunggu kami di pondok makan tadi.... dia cakap kaki dia dah rasa sakit sikit-sikit. Oleh sebab nak daki jauh lagi, so okaylah kitorang kasi dia rest sekejap.

Lepas puas bergambar, kami turun balik dan masa nak turun lagilah mencabar. Sebab nak kena turun style macam naik tu. Memang slow-slow... masing-masing tarik nafas dalam-dalam sambil ketap bibir. Lepas tu, ada area kena give and take dengan orang yang nak naik pulak. Sebab diorang tak sabar-sabar nak naik, takut awan tutup semula gunung-ganang tu. 

Finding my Na'vi at Pandora

Selepas turun daripada Yangjiajie, perut kami terasa lapar yang amat. Kami mula bergerak turun perlahan-lahan (patah balik ikut arah naik) dan mula ambil kabel car, bas dan jalan kaki untuk cari restoran. So dah jumpa restoran, kami pun duduk makan. Masa tu dah pukul 230 petang. 
Menjamu selera dengan nasi, sayur dan ikan

Selepas itu, kira-kira pukul 330 petang kami mula kan perjalanan untuk ke arah kawasan pergunungan yang disebelahnya. Kali ini lebih berkobar-kobar, almaklumlah nak tgk Pandora. Route kali ini agak mudah berbanding Yangjiajie. Semuanya anak mata tangga dan agak besar membolehkan pengunjung berselisih. Waktu itu matahari dah seratus-peratus keluar, kiri kanan dah takde awan tebal. Kami mengambil masa 1 jam untuk mendaki. Ala-ala jungle tracking jugak. Sambil berjalan kami berbual-bual, ambil gambar. Masa tu memang dah start nampak kawasan Hallelujah Mountain. Hati saya dah menjerit-jerit kecil tak sabar nak tengok depan-depan mata. Dan akhirnya....kami tiba jua di kawasan adaptasi filem AVATAR. 

Sungguh unik, sangat cantik dan memang pelik formasi batu-batuan yang membentuk gunung-ganang tinggi mencanak-canak timbul. Ada yg berbentuk bulat seperti sfera, ada yang setongkol, ada yang bertingkat-tingkat. Saya perhatikan gunung-ganang itu seolah-olah gembira menyambut ketibaan para pelancong. Setiap penjuru, setiap ruang mata yang memandang adalah berbeza rupa bentuknya. Tak puas mata memandang. Saya rasa terlalu banyak gambar yang saya ambil di kawasan ini. Kami juga beruntung, kerana pengunjung tidak terlalu ramai. Jadi kami masih boleh ada privasi untuk bergambar. Kalau tidak... haaa nasiblah... semua gambar penuh dengan pelancong. Kami mengambil kesempatan untuk menatap sepuas-puasnya lukisan Tuhan yang Maha Kaya. It was sooo great and beyond imagination that HIS creatures of more than 3,000 mountains portrayed in such a beautiful scenery. All I can say is GOD IS GREAT. Subhanallah, all praises to HIM and Allahu Akhbar! Di bawah ini adalah gambar-gambar di Pandora. Saya tak mahu taip banyak... biarlah gambar yang berbicara....
Berlatarbelakangkan Hallelujah AVATAR Mountains

Di atas jambatan yang merentasi 2 buah gunung dengan ketinggian 1.100 m dari aras laut

I'm speechless....



Burung Na'vi di abadikan di sini sebagai Simbol Filem AVATAR


Beautiful

Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Hanya sesekali matahari ditutupi awan menjadikan warna Pandora berubah-ubah. Itupun tidak dapat melitupi pandangan kami sehinggalah saat kami mahu turun meninggalkan Pandora.


Actually, kami boleh naik/turun ke Pandora dengan menaiki Elevator yang paling tinggi di dunia. Tapi kami memang nak mendaki, tak challenging lah naik elevator. Masa nak turun kami cuba nak beli tiket .... tengok barisannya...beratur panjangnya Ya Robbi... Penjaga kaunter tiket  cakap kalau beli tiket untuk turun, kena tunggu 2 jam baru sampai turn kami utk turun elevator. So baik kami pool car dengan pelancong lain, untuk turun ke down town. Dari atas puncak Pandora, sehingga ke bandar di hotel kami menginap, mengambil masa 1 jam 40 minit dengan MPV. Turun-turun aje, kami terus pergi massage kaki. Sebab dah sakit dan takut esok akan jadi lebih teruk. Malamnya kami menonton Teater The Woodman and Fairy Fox, sebuah persembahan teater musikal sejarah Tujia yang mengkagumkan dibarisi oleh 500 orang pelakon teater, dan disaksikan secara langsung oleh 4,000 penonton di tengah-tengah kawasan gunung Tianmen! Saya kasi 6 bintang!


Kami pulang ke hotel pada pukul 1030 malam dan sebelum saya melelapkan mata, hati saya berbisik....


"Terima Kasih Allah kerana memberi peluang aku menjejakkan kaki ke Zhangjiajie, dan aku dapat mendaki dan turun dengan selamat!" 

Thank for reading, please wait for the next chapter of my journey in Zhangjiajie.