Thursday 26 March 2015

Beribu-ribu patah bersama SHILA AMZAH


你好!(Hello!)

Lama tak menjenguk baby kesayangan. Maklumlah, saya hanyalah non-profit blogger..So selaku penulis blog tidak tegar, saya hanya akan menulis bila ada datang ilham, kerajinan dan masa terluang.  

Alright, belek punya belek gambar dan fikir entri mana nak masukkan, saya terjumpa gambar-gambar bersama Shila Amzah. Oklah, kali ni saya nak berkongsi pengalaman yang ringan-ringan sedikit - Moment bertemu penyanyi berbakat Shila Amzah. 



Kedatangan Shila ke Guangzhou adalah kerana memenuhi undangan nyanyian sempena Malaysian Night anjuran Pejabat Tourism Malaysia Guangzhou dan MATRADE Guangzhou.   Saya rasa satu Malaya tahu yang Shila ni dah menempa nama di negara China. Hahaha... don't tell me korang tak baca blog Gossip. Semuanya bermula sejak beliau menyertai pertandingan "Asian Waves" yang berlangsung di Shanghai. Dan selepas itu semakin fofulerr kerana menyertai rancangan realiti TV "I Am A Singer" anjuran CCTV Hunan. Dan selepas itu makin lah meletops - meletops sehingga dia terus tinggal di China bagi meneruskan kerjaya yang diminatinya itewww...

Patah Seribu

Walau kau tiada di sini ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada, bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku?
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

Patah seribu hatiku 
Bila mengenangkan ...segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa 
Karena...engkau telah pergi

(Kalau tahu lagu ni, Sila nyanyi.... )


Pertama kali bertemu dengan Shila Amzah adalah ketika beliau menjadi Guest Artist untuk MIDA Night. Waktu tu tahun 2011 rasanya. Saya adalah AJK Kelab MIDA dan merupakan Setiausaha Biro Sosial. Masih lagi saya ingat waktu tu Shila bernanung di bawah SRC dan ayah beliau, Uncle ND Lala merupakan contact point kami selaku Manager beliau. 




Apa khabar YB? Meeting di MIDA HQ tahun 2011.



Shila memang sempoi.... datang ke Hotel Hilton masa tu dengan Mama nya yang sangat cantik. Wajah mereka anak beranak memang sangat-sangat seiras. 

Saya tak dapat nak kongsikan gambar dengan Shila sebab dia waktu tu masih belum berhijab. Tapi ada lah jumpa gambar kawan-kawan ku yang di bawah ini. Sakan kami melaram sempena "Fairy Tales Night".

My tak cukup korum of 'BFF Kuat Gossip' group, Sara and Rosey. Mana yang lenlain ehhh????


Kasi chance lahhh akak nak melaram cikeddd!
Malam tu Shila nyanyikan 10 buah lagu. Shila tak banyak cakap, semua mama nya (kak zie) yang settlekan. Dia hanya bersuara bila perlu aje. Tapi suara dia memang sedap dan dia nyanyikan lagu-lagu Melayu dan English dengan baik sekali dengan iringan Minus-One.

Tapi itu 5 tahun yang lepas..... 

Wajah Shila menghiasi majalah
Selepas Shila menempa nama di China, dia semakin terkenal kerana kekuatan vokal serta keupayaannya menyanyikan lagu-lagu dalam Bahasa Mandarin dengan baik. Sekarang ni, kalau baca paper ke... kat billboard ke...atau iklan TV ke, dengar radio ke.... memang akan ada muka Shila. Saya pun pernah ditegur 'peminat' sewaktu di Airport. Adalah dua tiga kali orang datang nak ambik gambar... Silap orang laaa ... 我不是SHILA!!!  (I'm not Shila!!)

A Close Hi-Tea Session with Shila Amzah

Pada bulan December 2014, Shila telah datang ke Guangzhou untuk menjayakan Malaysia Night. Selain itu, Shila juga telah sudi untuk meluangkan masa untuk 'Hi-Tea Session - A Moment with Shila Amzah' yang diadakan secara tertutup khas buat Perwakilan Guangzhou. Untuk makluman semua, 'Perwakilan' adalah satu pertubuhan di bawah Kementerian Luar Negeri di luar negara untuk para isteri kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di luar negara. Tapi oleh kerana saya ini ialah seorang 'isteri yang bertugas' (hahahaha), so saya pun kenalah turut serta menjadi anggota Perwakilan Guangzhou. 

Majlis Hi-tea itu telah diadakan pada 29 Disember 2014 lebih kurang pukul 10 pagi. Saya juga telah berpeluang menjadi contact person dan lioson officer untuk sesi tersebut.



Masa ni kat bilik Shila. Terserlah kependekss kan dirikuuu

Sesi 'Hi-Tea' tersebut telah di adakan di Presidential Suite yang diberikan secara complementary oleh pihak hotel. Bertuah sungguh Shila, kami tumpang gembira. 

Majlis dimulakan dengan sedikit Sesi Temubual yang dikendalikan oleh saya sendiri!!! Hahahha...kelasss tak? So saya yang bertindak sebagai pengacara telah pun menemuramah Shila dengan soalan-soalan yang dijawab dengan tenang dan matang sekali oleh Shila. 

Ada gaya tak akak jadi pengacara?

Suasana semasa sesi temubual.

Pada pandangan saya, secara peribadi Shila sangat matang dalam menjawab soalan-soalan yang diajukan kepada beliau. Sesi tersebut juga sangat santai tetapi masih lagi mengikut protokol-protokol tertentu. 

Semua ahli perwakilan juga berpeluang untuk mengajukan sebarang pertanyaan kepada beliau. Tapi yang paling best ialah saya berpeluang berduet dengan Shila! Kami menyanyikan lagu Patah Seribu bersama-sama (dua rangkap aje ponnnnn....tapi tetap akak nak cerita kat you ollsss)

Selepas tu, Shila juga menyanyikan sedikit lagu Mandarin nya yang fofulerrr yang menjadi siulan ramai iaitu 'Xiang Ni de Ye'. 


Kenangan Perwakilan Guangzhou bersama Shila Amzah. Turut serta ialah Make up artist dan Stylist beliau.

Puan Idawati Zakariah, Isteri kepada Konsul Jeneral menyerahkan cenderamata kepada Shila

CD untuk kenangan. Tapi bukan untuk diriku...huhuhuhu

Majlis itu diakhiri dengan sesi Hi-Tea dan sesi fotografi serta sign-sign autograph. Semua ahli perwakilan berpeluang merakamkan gambar secara peribadi dengan beliau. 


Menurut Uncle ND selaku Pengurus Shila, beliau tidak akan mengambil sebarang acara yang bersifat seperti ini. Sebabnya, bagi beliau tugas Shila adalah untuk menyanyi. Jadi, walaupun pernah ditawarkan harga yang tinggi untuk membuat 'personal appearance' ayahnya memang tidak akan benarkan. Yelah.... betul jugak..nanti semua pihak nak gunakan dia untuk kepentingan peribadi.

Comeyyy lotteyyy sungguh dia nih...

Sengihhh aje semuanya




Ini makanan masa HI-Tea... tp tak makan banyak pun sebab asyik nak tengok Shila

 Malaysia Night

Malaysia Night sempena Malaysia Kitchen Program (MKP) ini telah dihadiri oleh hampir 100 orang tetamu, media dan blogger masakan. 

Diadakan pada sebelah malamnya di Shangri-La Hotel, Guangzhou, MKP telah mengumpulkan lebih 20 exporters dan lebih daripada 5 buah Outlet yang menyediakan sajian Malaysia di Guangzhou. 

So malam tu memang tak lepaskan peluang untuk menikmati juadah masakan Malaysia yang dah lama dirindui. Chef kegemaran saya yang merupakan teman baik, Chef Edwin (orang Perak) daripada Futian Shangri-La Hotel, Shenzhen juga dibawa khas untuk menyediakan signiture dishes beliau.



Bersama Mr Patrick, GM Futian Shangri-La, Shenzhen

Apa Khabar YB?? Sama aje muka YB ni dari dulu sampai sekarang....


Gambar-gambar di bawah ini adalah suasana di dalam Wok Too Cafe, meriah!!!




Demostrasi masakan oleh Mr Julian Loh


Acara kemuncak pada malam itu ialah kemunculan Shila Amzah yang telah menyanyikan 3 buah lagu serta sesi temuramah tentang masakan Malaysia.

Getting readyy

Shila menjawab soalan daripada emcee tentang masakan kegemaran beliau




Cabutan Bertuah. Berbaju batik itu ialah Konsul Jeneral - En Muzambli Markam

Nyanyi lagi. Lagu Xiang Ni de Ye


Dihadapan pintu masuk. Small backdrop
Hurmm....Ada yang lebih menyelerakan daripada masakan?


Majlis berakhir lebih kurang pukul 930 malam dan saya akhiri malam tersebut dengan bergambar kenangan bersama beliau di dalam bilik nya. 

Jumpa lagi Shila! Good luck in your career in China!




Tak tahulah nak kena pakai kasut berapa henchiii nak kasik tinggi macam dia ni....

Thursday 12 March 2015

A voyage of discovery & surprise!


Geram tau! 

Sebab dah banyak kali asyik tertangguh aje usaha nak habiskan entry kali ni. Macam-macam lah yang berlaku akhir-akhir ni, so memang tak sempat langsung nak completekan. Perkara yang paling besar berlaku adalah sintom kemalasan yang melampau nak bukak lappy kat rumah dan mengadap. Tapi demi cita-cita untuk menjadi penulis yang berjaya (cita-cita okayyy....) so digagahkan juga usaha ini sambil disulami vitamin R dan mood bercermin mata baru.... yeahhhhh...tukar spec you olls, sebab power dah bertambah! (sila ambil maklum tiada kaitan dengan faktor usia. Sekian.)

Okay lah kali ni saya nak bercerita tentang pengalaman naik CRUISE. iyeeerrrrr CRUISE kapal laut tu...bukan TOM Cruise yaaaa...choyyyyyy... 

Ini lah kapal Star Cruise Super Star Virgo yang megah belayar di Laut China Selatan


Every night in my dreams... I see you.. I feel youuuu.... ewahhhh... feeling Titanic gitu bila nampak kapal Star Cruise berlabuh di Victoria Harbour. Seakan-akan terlihat Sang Laksamana dan anak-anak kapal melambai-lambai kan tangan menanti ketibaan kami... hahahhah kelassss tak daya imaginasi akak? 

Saya memang sangat-sangat teruja dengan percutian kali ini. Maklumlah... selama ni kalau balik kampung mesti akan nampak kapal-kapal besar dan mewah ni belayar. (kat sini Hong Kong tu saya panggil kampung. Haaaa...gitewww). Actually saya dah survey pasal cruise ni dah lamaaaa. Tapi sentiasa rasa macam takpelah dulu, nanti-nantilah. Jadual kerja saya juga sentiasa clash dengan tarikh belayar dan rasa nak survey betul-betul dulu, baru nak naik. 

Untuk sesiapa yang pernah pergi ke Hong Kong atau pun yang pernah tinggal di Hong Kong, permandangan melihat kapal-kapal besar dan kecil belayar itu adalah suatu permandangan biasa. Bagi diri saya sendiri, sejak saya tiba di China, Hong Kong (HK) sangat dekat di hati. Mungkin kerana suasana persekitarannya yang pada saya sangat 'interesting'. Bangunannya mencakar langit dan padat. Tambahan pula, orang HK semuanya berbahasa Kantonis dan ini menjadikan saya teringat pada Kuantan. InsyaAllah, saya akan buat satu entri khas pasal Hong Kong pulak lepas ni.

Catatan pelayaran


Okay, kali ini saya nak berkongsi catatan perjalanan saya dalam pelayaran impian yang selama ini hanya mampu dilihat dari jauh. Saya mengambil peluang cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina untuk membawa Wafa dan Acu bercuti. Wahhhh bukan main seronok lagi kitorang. Pagi-pagi dah bangun awal dan ready nak ke Hong Kong. 

Budak kecik yang membuli umminya

Ini gambar -gambar dalam Tren KTT Guangzhou - Kowloon



Macam biasa, perjalanan saya ke HK adalah dengan keretapi laju yang dinaiki daripada Guangzhou East Railway Station. Perjalanan dengan kelajuan dalam 180 km/jam ini mengambil masa selama 2 jam dan akan tiba di Hung Hom Station di Kowloon, Hong Kong. 

So dipendekkan cerita, lepas settle semua benda yang urgent dan penting, kami pun bergeraklah menuju ke arah kapal yang akan dinaiki. Untuk makluman, kapal tu berlabuh di Victoria Harbour (disebelah Kowloon) dan bersebelahan dengan Harbour City Shopping Mall.  

Wafa dengan air kegemaran. Nampak tak ada orang lambai dari atas kapal?

Lepas tu, kitorang pun bergerak masuk untuk check-in di dalam Ocean Terminal. Bagi memudahkan urusan, saya dah pun 'online check-in' awal-awal. Hehehehe....So, saya dah siap-siap ada nombor cabin pun. Saya tengok ada notis yang kaunter akan mula dibuka pada pukul 6.00 petang. Jadual pelayaran adalah pada pukul 8.30 malam dan paling lewat kena mendaftar masuk ialah pada pukul 8.00 malam.
Pose wajah gumbira la la la la la


Kami perlu melepasi beberapa ruangan Security Check dan Imigration. Selepas urusan pemeriksaan selesai, Paspport kami dikutip oleh pihak Star Cruise untuk disimpan bagi tujuan keselamatan. Dan selepas itu barulah boleh masuk ke dalam 'embarkation' area ke arah kapal. Kami masuk ke bangunan dan bila keluar aje... tadaaaaa!!!! 

Tersergam di depan-depan mata kapal ni! Cantik sangat!!!!

Lepas tu kami terus aje ikut tanda arah yang menghala ke arah jeti / jambatan gantung untuk masuk ke dalam perut kapal Virgo. 

Welcome Onboard!

Kami disambut dengan senyuman manis dan layanan kelas pertama oleh staff- staff Star Cruise Virgo. Masuk-masuk aje terus ke ruangan lobby reception yang dah ada live band yang sedang mendendangkan lagu "Price Tag" nyanyian asal Jessie J. Ada jugak kelibat 2 orang badut yang mengusik para pelancong.  Mana yang sporting layan lah diorang ni. Mana yang kekwat...buat dekkkk aje.. kesian pulak aku tengok badut-badut tu. 

Daripada pemerhatian saya, staffs kapal ni terdiri daripada berbilang bangsa. Paling ramai orang Philiphines, lepas tu orang Indonesia. Bangladeshi pula ramai yang jadi cleaner. Tapi tak terserempak langsung dengan orang Malaysia. Cuma dalam brochure dapat tahu Cruise Director dan Executive Chef adalah orang Malaysia. Dari saat menjejakkan kaki di pelantar tu sampailah kami masuk ke dalam cabin, setiap kali terserempak dengan anak kapal mesti diorang akan ucapkan "Welcome onboard!" hurmm....Very warm hospitality. 



Gambar kat atas ni lah keadaan di Lobby Reception di Deck 7. Tengok aje lobby tu terus saya teringat filem Titanic bilamana Rose dan Jack Dawson bertemu di tangga yang cantik seperti itu. Tapi dekorasi di kawasan tangga tu nampak agak serabut sikit sebab ada banyak hiasan-hiasan sempena Gong Xi Fa Cai. Kalau takde kain-kain merah, tanglung dan singa-singa tu mesti lagi grand dan nampak klassik lobby ni. Selepas Wafa dah settle dapat belon daripada Martha, si badut yang comel, kitorang pun pergilah carik kabin. 

Berdasarkan prinsip "beli tiket online lah murah sikit", so bilik kitorang adalah bilik yang paling murah. Hahahahahhaha... Yelah, lepas di survey -survey, buat apa nak bilik mahal-mahal kan? 1 malam aje ponnnn....Sepanjang malam pulak ada macam-macam aktiviti yang nak dibuat. Dok dalam bilik murah-murah cukuplah... asalkan ada tempat nak sembahyang, nak letak kepala nak baring dan ada tempat nak membuang haaaa. Yang tu penting kena ada! So, Info terpenting -  bilik air attached to each cabin.


Martha si badut bersama Wafa

Cabin kami di Deck 5. Sampai-sampai aje (tingkat) Deck 5, terus kami carik nombor kabin 5599. Ayyyoooo... pening jugak pusing-pusing nak carik. Ni belum belayar dah mabuk laut apehal? Mungkin kami naik daripada wing yang berbeza so agak jauh sikit nak kena berjalan cari cabin sendiri. Tapi tak lama lepas tu... Alhamdulillah, jumpa! Bukak aje pintu cabin....daaaa.... okayyy bilik ngam-ngam sangat untuk kami bertiga. So, kira okay sangatlah. Selesa dan bersih. 




Masuk-masuk aje saya dah suruh Wafa 'wash up', sebab tak nak dia lesu. Sambil-sambil tunggu dia mandi, saya terus tengok information pasal kapal, jadual show, dan facilities yang ada. Fuhhhh.. kapal ni panjangnya 897 kaki dengan kelebaran 106 kaki! Virgo ni adalah antara kapal yang terbesar dan digelar 'The Floating 5 Star Resort'. Average Cruising speed 24 knot (laju lah tuuuu kott....) Satellite Navigation ada 2 system. Number of cabins ada 935 bilik dan mampu membawa seramai 1,870 penumpang dalam satu-satu masa! Waaaaaaalllauuuuuwehhhhhhhhhh.....ohsemmm nyaaaa!!!!

Tengah-tengah kami bersiap, ada orang ketuk pintu dan deliver cup cakes utk Wafa! Yes..... itu Surprise Ummi yang buat utk dia. 

Hahahahahahha.....takde maknanya bilik paling murah nak ada surprise gitu kotttt. Takpelah... yang penting saya happy bila tengok dia menyeringaiii sengih sampai ke telinga dapat cupcakes. 

Selepas kami dah bersiap-siap, lebih kurang pukul 730 malam, kitorang terus aje keluar dari cabin untuk pergi makan malam di Mediterranean Buffet - International Restaurant yang letaknya di Deck 12. Saya dah siap-siap beli tiket yang together dengan makan malam, supper dan breakfast. Actually, dalam kapal ni ada 7 Restaurant yang menyediakan masakan yang berbeza-beza. Ada Restoran Genting Palace (Chinese & Western), Blue Lagoon (Asian Bistro), Noble House (Chinese), Samurai (Japanese), The Taj (Indian) dan Taverna Restaurant (International Snacks). 

Selain itu ada ruangan Cafe juga yang menyediakan sancks dan ice creams (yang lebih kecil dan private) seperti Coffee Nook, Bellini, Galaxy of the Stars dan Gelato Ice Cream and Desserts.


So kitorang makan di ruangan Deck 12 sambil menikmati keindahan permandangan waktu malam Kota Metropolitan HK. Permandangan skycrapers diluar amatlah cantik kerana sedang dilimpahi sinaran cahaya acara 'Symphony of Light'. 

Info: 'Symphony of light' tu adalah acara persembahan lampu berirama di kawasan harbour pada setiap hari, pukul 8 malam.

Tengah-tengah makan tu tiba-tiba kami dengar pengumuman yang dibuat oleh Kapten Kapal, Capt. Magnus Gottberg yang memberitahu kapal akan belayar sebentar lagi. Lepas tu ada staffs yang memberi tunjuk ajar cara untuk memakai life jacket dan beberapa arahan-arahan keselamatan yang lain. Sambil-sambil makan tu mata saya dok jeling-jeling kat dia yang bagi instruction ala-ala pramugari dalam kapal terbang tu...

Selesai aje anak kapal tu buat demonstrasi, kapal Virgo pun membunyikan hon nya... POOOOOOONNNNNNNNN!!!!!!! wahhhhhhh ... Kapal pun mula memasukkan gear reverse nya (memang kapal tu reverse tau, terasa dia gostan) dan selapas itu, bermulalah pelayaran kami....

Permandangan cantik Asia World's City di luar kapal semasa sedang belayar.



Lepas makan, kami semua terus ke kawasan panggung teater 'The Lido' untuk menyaksikan pertunjukan pentas. Persembahan bermula pada pukul 9 malam. Malam tu ada show daripada 'Startruck', sebuah persembahan pantomin muzikal, akrobatik dan tarian. Biasalah.... persembahan atas kapal kan... tarian pun ala-ala Las Vegass gitu. Pakaian penari-penari pun seperti biasalah juga, yang lelaki bertutup litup aurat; yang perempuan kalau boleh semuanya nak tayang. Semua Mat/Minah Salleh yang performed. Walaubagaimanapun, dari sudut teknik persembahan sememangnya seperti yang disifatkan oleh hos (dan ramai pengunjung) sebagai 'world class entertainment'. Sangat-sangat menarik, mendebarkan dan mengasyikkan. 

Natalia si penari gelek Arab
Ruangan tempat duduk penonton di 'The Lido'
Ditambah pula dengan sound system yang memang 'umpphhh' giteww... so memang setiap persembahan sangat-sangat menghiburkan. 

Telatah lucu badut yang melakonkan kisah secara pantomin memang mencuit hati. 

Selepas selesai persembahan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam, kami pun mengambil peluang mengexplore kemudahan-kemudahan yang disediakan di dalam kapal Star Cruise Virgo. 


The Floating 5 Star Resort

Memang benar dan tepat sekali gelaran tersebut. Di dalam kapal Virgo ada macam-macam benda. Ada Duty Free Shop area di Deck 8, ada Karaoke Roomsssss di Deck 10 (lagu Melayu banyak you olls....) Ada ruangan kanak-kanak untuk aktiviti permainan dan masakan. Tapi, Little Chef hanya dimuatkan dalam pelayaran hari Rabu dan Ahad sahaja. 

Selain itu, ada Video Games Centre, ada 2 kawasan Swimming Pool (berserta jakusi, ruangan theme park dan kanak-kanak berenang) di Deck 13, Gymnasium, Panggung Wayang, Library, Beauty Saloon, Kawasan bermain Ping Poong dan sudah pasti lah... Kasino untuk mereka yang ingin berjudi. Walaubagaimanapun, ruangan Kasino hanyalah dibuka apabila Kapal telah pun melepasi kawasan perairan antarabangsa (Public Area). 

Saya masih ingat lagi  waktu itu lebih kurang pukul 1 pagi, dan kapal menjatuhkan sauh untuk berhenti di tengah-tengah laut. Ha.... masa ini lah kawasan Kasino mula dibuka. Majoriti adalah orang-orang China dan Hong Kong memenuhi ruangan kasino. Saya masuk menjenguk, untuk melihat situasi di tempat itu. Wow...! Ada ramai yang dah siap-siap membawa duit dalam bagasi pakaian. Diperhatikan di sekeliling kawasan kasino ada papan tanda yang memberi isyarat seolah-olah "Gamble Wisely" dan ada beberapa orang anak kapal yang menjaga ruangan pintu masuk dan keluar kasino. Rasa lucu pula bila melihat gelagat mereka yang berjudi. Tua, muda semuanya ada. Bila melihat keadaan sekeliling, mesti ada kes yang kalah judi terjun laut ni.... 

Selepas puas menjelajah keseluruh perut kapal, waktu itu sudah pukul 2 pagi. Kami pun bergerak menuju balik ke Kabin kami di Deck 5. Memang syok tidur atas laut. Rasa macam dibuai-buai. Letak aje kepala terus ZzzZzzzZzz....

Pagi yang I.N.D.A.H.

Breakfast yang lazat!
Bangun-bangun pagi aje terus solat, mandi dan siap-siap untuk sarapan. Waktu saya keluar dari bilik, hari telah pun cerah dan kapal sudah pun memasuki kawasan beberapa kepulauan Hong Kong. Suasana disekeliling sangatlah nyaman kerana udaranya sangat segar. 

Selepas sarapan, saya mengambil peluang untuk bergambar di setiap tempat di atas kapal Virgo. Maklumlah...hari dah cerah, dapat lihat segala keindahan pada waktu siang pula. Masa tu memang teringat cerita Pisau Cukur... dah terbayang-bayang watak gediks Intan dan Bella yang mencari jutawan di atas kapal. Hahahaha memang lawak kan? Lepas tu Wafa pun cakap kita macam dalam cerita Madagascar! 

Kapal akhirnya tiba di Ocean Terminal pada pukul 930 pagi. Setelah selesai membayar bil dan check-out kami meninggalkan SuperStar Virgo dengan senyuman yang tidak lepas dari bibir. Satu pengalaman percutian yang menarik walaupun hanya sekejap sahaja berpeluang berada di atas kapal. Apa pun, alhamdulillah, saya berpeluang merasai pengalaman manis ini. Sudah pasti ia menjadi salah satu kenangan untuk saya abadikan dalam tempoh saya bertugas di luar negara.

Gambar-gambar yang lain ada saya muatkan dalam Album Cruise to Nowhere dalam Facebook saya. 

Kengkonon merenung Ombak
Ummi dan Wafa riang di Deck Hadapan. Kalau ayah ada tentu lagi seronok... boleh buat Scene Titanic Jack and Rose!
Tiba masa untuk berlabuh
Bersantai di luar deck



Laut China Selatan yang penuh misteri

~Kemuncak pelayaran~
 
Waktu sudah menghampiri pukul 12 tengah malam. Kapal Virgo belayar dengan kelajuan yang sederhana membelah ombak  Laut China Selatan yang agak kuat. Mungkin tidak terasa kelajuan dan gelombangnya kerana saya berada di atas kapal yang besar. Kalau ikut weather forecast memang arus sedikit bergelombang, angin agak kencang dan ada hujan renyai-renyai pada malam itu. Keadaan disekeliling adalah malam yang amat gelap gelita, hitam pekat, sepekat-pekatnya... tanpa sedikit pun cahaya lampu. Amat berbeza sekali pada saat kami bergerak meninggalkan kota HK. 

Bila saya mendongak merenung ke angkasa, tiada cahaya bulan langsung yang menerangi langit. Bila kepala melihat ke bawah, yang ada hanyalah biasan cahaya lampu kapal yang menerangi sekitar 50 meter kawasan permukaan laut. 

Permandangan daripada Deck 7 amat menakutkan dan mendebarkan jiwa. Subanallah.... saya dapat menyaksikan sendiri bagaimana bahagian bawah kapal membelah lautan yang sedang bergelombang itu. Terasa gerun bila melihat bentuk-bentuk ombak biru pekat yang terhasil. Bunyi deruan ombak silih berganti, ibarat pukulan-pukulan keras yang pantas menenggelamkan percikan buih-buih putih, tanpa sedikit pun rasa simpati. 

Apabila mata saya cuba menangkap sedikit rupa buih-buih putih ombak yang timbul, terus sahaja ia berlalu dengan cepat, hanyut dan hilang di dalam malam yang pekat. Pandangan mata memang ralit bertumpu pada arus gelombang laut yang bertali arus, namun akhirnya akan terlepas begitu sahaja tanpa dijejaki oleh mana-mana suluhan cahaya. 

Waktu itu, hanya zikir dan selawat yang meniti di bibir... betapa luasnya kuasa Illahi yang Maha Pencipta langit dan bumi. Betapa besarnya rahsia Allah yang menyimpan segala khazanah di udara dan di perut lautan. Saya cuba membayangkan saat-saat tenggelamnya Kapal Terbang Air Asia QZ8501 yang terhempas di Selat Karimata, dan kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berakhir di Lautan Hindi yang paling ganas ombaknya. 

Pada imaginasi yang terhad ini, saya dapat rasakan penumpang-penumpang pasti sudah menyerahkan segala-galanya kepada yang Maha Esa, saat mereka semua sudah tidak mampu untuk melakukan dan menyelamatkan apa-apa, hatta diri mereka sekalipun.  

Begitu juga dengan kisah sejarah hebatnya ciptaan manusia membina The Unsinkable Ship - Titanic. Namun, walau secanggih manapun binaannya, ia tetap tidak mampu melawan kuasa air yang ganas menelan seluruh kekayaan dan harta benda juga manusia sehingga berlabuh diam di dasar Lautan Atlantik Utara.   

Ingatan saya tetap bersama rakyat Malaysia dan dunia yang terkorban di dalam penerbangan kebanggaan Malaysia dan Air Asia. Semoga Allah menempatkan roh-roh mangsa Muslim yang terkorban di kalangan orang-orang yang beriman. 

Al Fatihah...