Sunday, 1 March 2015

Smelly Toufu and Bamboo Soup in Changsha

June 2013. 

Tarikh sebenar dah tak ingat, nak kena tengok balik report lama dan benda tu semua kat opis. But, I remember that I received an assignment from my former Director, Mr Ramli Bakar. I need to attend a meeting with Municipal Government, give a a presentation on the Investment Opportunities in Malaysia in a seminar and a few others side programs. 

Location - Changsha, Hunan Province. 

Ok, seperti biasa perkara pertama yang akan saya buat adalah tengok map, search on the location and few important information regarding industries in that province and the cities. Selepas itu adalah memastikan urusan logistik. Later, with all the information gathered about the cities, saya akan siapkan details dan duduk berbincang dengan boss untuk dimasukkan dalam slides. Bila slides dah siap, information dah lengkap, barulah boleh buat 'showtime' dengan penuh confident. Betoiii tak kengkawan? Kannn....

Tetapi, nama tempat kali ini (masa tu) agak memikat hati sayalahhh. Tempat tu namanya CHANGSHA. Nama tu macam best aje bila disebut. Seperti ada elemen melankolik di situ.

长沙 - Chángshā

Sesiapa yang pernah belajar Bahasa Mandarin mesti kenal dengan tone sign dalam Hanyu Pinyin yang saya taip di atas. Cara nak pronounce dia ialah Chang? (Second tone - bunyi macam kita tanya soalan) dan Shaaaaaaa (First Tone - macam kita sebut note muzik ke empat, Fa (Do Re Mi Fa). Bila dah kena belajar Homophones Language ni memang kena hati-hati. Kalau silap sebut perkataan in different tones, by raising and lowering the pitch level (tone); on a certain syllables, lain maksudnya nanti. 

Pemergian saya kali ini adalah berdua bersama cik penterjemah saya Mya Zheng yang cantik, yg selalu lah budak-budak HQ suruh kirim salam. (Hampehh korang... asal lawo, pakai mini skirt aje korang suruh kirim salam. Kat boss aku korang lupa ek?? Mentang-mentang rambut dia dah kuranggg =.=! )  
Memandangkan waktu tu dah masuk Musim Panas, jadi biasalah, adalah angin taufan juga suka menyapa bumi China ni. So, adalah pengalaman merasai turbulence yang sangat ehemmmm... ehemmmm... bergegor-gegor tu. Ya Allah!!! Memang bila flight naik turun tu rasa macam kalau boleh nak turun pakai parachute dengan segera! Tapi... memang takkan lah kan? Jadi hanya sabar..sabar.. sampai habis ayat kursi, mengucap semua dah dibaca masa tu.

Tambahan pulak tu, Hunan adalah terletak di tengah-tengah negara China yang dipasak oleh banjaran dan gunung-ganang. Di wilayah ini jugalah letaknya Zhangjiajie Mountain atau dikenali sebagai Hallelujah Mountain. Haaa.... gunung ni lah yang diadaptasi masuk dalam filem The Avatar. Orang putih pun ramai yg panggil Avatar Mountain aje, sebab lidah diorang susah kot nak menyebut Zhangjiajie tu. Sebab itulah ada banyak turbulence kat area Hunan ni. 

Zhangjiajie / Hallelujah / Avatar Mountain during SUMMER

The perfect view for photographer






Hometown of Chairman Mao Zedong 

Wilayah Hunan adalah tempat asal Chairman Mao Zedong, figura yang paling penting dalam sejarah revolusi China. Bandar Xiangtan, yang terletak di tengah-tengah Hunan Province merupakan tempat kampung halaman Mao yang merupakan tempat kelahiran beliau. Jadi tempat tersebut juga merupakan sebuah tarikan pelancong yang meliputi  kawasan seluas 473 sqm dan didirikan khusus untuk memperingati jasa-jasa beliau kepada negara ini. Ada banyak informasi tentang kediaman asal, kehidupan awal dan zaman beliau memulakan revolusi sewaktu usia remajanya. Tapi tempat tu saya tak pergi pun. Sebab agak kesuntukan masa serta jadual kerja yang penuh. Takpelah... kalau tak termasuk dalam The Bucket List takpe, tak perlu ditangisi. 

Smelly Toufu and Bamboo Soup

Disebalik kisah kerja-kerja promotion yang sangat dekat di hati saya, trip kali ini menemukan beberapa perkara menarik tentang wilayah Hunan. Ingat tak saya pernah cerita pasal orang China ni LOUD. Korang boleh check entry pertama saya. Sorry sebab saya masih tak reti nak buat bendalah 'Link' tu lagi. huhuhu....

Saya difahamkan, orang Hunan adalah orang yang bercakap paling kuat di China. *pengggsannnnn* Memanglah betul dan tepat sekali. Rasa nak pitam aku mendengar dia punya opening ceremony, masa makan official, masa Q&A session... Sabor ajelah, memang semuanya Loud Loud belaka. Ini semua adalah pengalaman yang manis untuk dikenang, dan sangat menarik sebenarnya untuk diceritakan. 

Ada satu insiden. Coaster  yang saya naiki berhenti di depan lobby hotel, dan kami terpaksa tunggu beberapa orang lagi yang masih belum naik, bukannya belum sampai yer... Tapi teksi-teksi kat belakang tu dah hon-hon macam dah sejam tunggu coaster kitorang tu tak bergerak! Adoiii tak boleh lambat sikit. Bukannya dia tak nampak ada orang tengah naik coastal tu. Yang paling lawak, driver tu siap turun, dan suruh driver coaster tu jalan sebab dia nak lalu. 

Lepas tu masa makan, Fine Dining pun jadi macam tak berapa nak fine lahhh... tapi nak buat macam mana, dah gitu gaya orang dia. 

Oh ya... cakap pasal makan. Perkara kedua yang saya dapati ialah, orang Hunan makan makanan yang PEDAS. Cara masakan mereka juga amat berbeza dengan masakan Kantonis yang fofulerr di Guangdong. Logik lah kan, naik flight pun 2 jam dari Guangzhou, mestilah cara masak pun lain. Banyak lada, ada rasa tumisan dan ada yang bergoreng separa garing. 

Dan di sini lah juga saya mula-mula merasai Smelly Toufu dan Bamboo Soup. 





Yang atas dua gambar kaler hitam tu adalah smelly toufu. Imej toufu tu daripada internet. Yang dalam kamera fon saya dah lamaaaa delete. 

Kelakar sangat sebab masa diorang nak keluarkan dish toufu ni, (Chinese Course kan pesen keluar sepinggan..pastu keluar sepinggan lagi) diorang siap cakap maybe you cannot tolerate the smell. I kan suka foodporn, so selagi benda tu Halal dan tidak mendatangkan was-was, aku bedal aje. Hahah...agak-agak apa terjadi???? 

Adegan seterusnya memang tidak disangka oleh semua yang duduk di meja itu termasuklah my interpreter. I can still remember... all eyes on me. (Masa ni macam ada drum roll sebab semua orang stop makan dan nak tengok what is my reaction)


Drama lah sikit, nak makan pun kena ada style hokayyyy

~Saya ambik chopsticks, ketuk kat meja (untuk kasi alignment batang kayu chopstik tu rapat selari)

~Lepas tu saya pusingkan meja, nak bagi lauk Smelly Toufu betul-betul depan mata. (Aku ni kat China tau, so meja makan memang jenis yang round table besar, pastu kat atas meja tu ada meja kecik untuk diorang letak lauk. Meja kecik tu boleh pusing-pusing so that semua orang tak payah la nak angkat bontot menonggeng untuk ambik lauk atau mintak kat orang hujung sana... "tolong pass kan lauk tu boleh tak, tak sampailah, I tak panjang tangann...) Hahaha saja je nak explain, takut ada pulak yang ingat aku ni Hulk Hogan ke apa siap pusingkan meja!    
~Ku kepit seketul toufu hitam tu. Texture dia agak kenyal dan aku bawa ke hidung untuk diambil bau nya. wokeh... bau boleh diterima.

~Perlahan-lahan aku bawak masuk dalam mulut dan kunyah. Kunyah dan kunyah lagi (I baca tau bismillah...jangan risau. Rasanya sejak dok sini bila time makan lah paling banyak baca Bismillah) 

~Lepas tu telan. 

Semua tengok. Nak tunggu reaction saya. 

"Zhenme yang?" (Macam mana?) Host bertanya.

~Saya senyum, gelak kecil dan terus angkat chopstik dan ambil 2 ke 3 ketul lagi masukkan dalam mangkuk sendiri! 

Hahahahahaha.... semua orang gelak! Tak sangka saya akan  makan lagi lauk smelly toufu tu! Tapi memang sedappp wehhh!!!! Diorang ingat saya tak boleh makan toufu tu sebab diorang cakap normally foreigner tak suka. Not even foreigner, orang daripada other provinces pun kadang-kadang tak boleh tahan bau tu. Aahahahah... nampaknya I lebih Cina daripada you ollsss... 

Psttt...! Lagi satu.... sebab itu ajelah pun antara lauk yang aku boleh makan, sebab yang lain tu harooooommmmm... kah kah kah... Tapi serius, memang sedap. Smelly toufu ni originated from this province. 

Ini lah Bamboo Soup pooojaaan hati hamba

Yang Bamboo Soup tu pulak actually appetizer. Sangat lah refreshing dan sedap. Bamboo soup ni biasa dihidangkan dalam Official dinner sebab very delicate dan sgt berkhasiat. Saya dah pernah try buat kat rumah. Tak menjadi. Dah lebih 3 kali buat. Mungkin kena cuba lagi. 

So solution nya, bila ada yang serve Bamboo Soup, dengan muka tak malunya saya akan cakap "Wo Feichang Xihuan zhe ge tang" (I like this soup verry the verry the verry much) - Sebab maksud perkataan Feichang itu merujuk kepada tahap yang paling atas. Pernahlah 2 kali lepas sebut gitu dapat semangkuk lagi. Kah kah Kah ! (Sila jangan tiru aksi foodporn ini) 


Fire God Palace

Kedua-dua menu ini saya nikmati di sebuah restoran yang paling fofulerr di Changsha. Dan dikatakan memiliki chef yang paling terbaik di daerah tersebut. Restoran itu namanya 'Huo Gong Dian' atau bermaksud 'Fire God Palace'. Restoran ini asalnya adalah sebuah Tokong dan diubahsuai pada zaman Emperor Qianlong untuk meraikan beberapa perayaan. Berkemungkinan dibina pada Dinasti Qing, di pintu masuk restoran ini diletakkan sebuah pasu besar yang mengandungi replika api yang marak menyala sebagai simbol 'Fire God Palace'.  Tapi cuba korang tengok gambar tu. Marak ke? Cinonett aje apinya.

Kini, tokong ini sudah berubah menjadi antara tarikan penduduk setempat dan pelancong. Lagipun majority rakyat China tidak lagi berpegang kepada apa-apa agama. Fire God Palace menempatkan Restoran terkenal, pementasan Opera serta jualan cenderamata.  Selain itu, di dalam Restoran Fire God Palace ini juga terdapat statue Chairman Mao yang berwarna keemasan serta beberapa sudut yang menempatkan gambar-gambar bersejarah beliau semasa hayatnya di Restoran ini. 





Hunan TV dan Variasi Industri Penyiaran

Di China, rangkaian stesyen televisyennya memang sangat banyak. Antara yang paling popular adalah CCTV yang merupakan saluran utama. CCTV pun ada berbelas-belas Channel. Tapi yang menarik tentang Hunan province adalah mereka merupakan wilayah yang memiliki saluran penyiaran yang paling kukuh dan paling fofulerr di China. Hunan TV juga telah menerbitkan pelbagai siaran yang menarik dan menjadi 'hits' di China. Beberapa rancangan yang diterbitkan telah berjaya membawa nama-nama besar dan selebriti  dunia seperti David Beckham, retisss2 K-pop dan entahlah sapa-sapa lagi. Tapi ada 2 rancangan yang masa saya ada di sini yang menjadi tontonan ramai iaitu I am a Singer (yang Shila Amzah masuk tu, yang lepas tu dia meletopsss kat China tuuu...) dan reality show 'Papa women qu na li?' (Papa, kita nak pergi mana?) . Haaa... yang reality show 'papa women qu nali' ni mmg hits sampai lagu tema dia Wafa pun hafal! Comel sangat cerita tu....

Pintu Gerbang ke Set Pengambaran Ala-ala Forbidden City
Hari terakhir sebelum saya pulang, kami telah juga dibawa ke sebuah kawasan yang dibina untuk pengambaran filem atau drama. Tempat tu macam sebuah kawasan Istana lama-lama yang sangat cantik, besar dan mempunyai dekorasi antik yang sangat details. Rupa-rupanya tempat itu didirikan oleh sebuah production house bagi menjadi permanent set pengambaran untuk cerita-cerita yang bertemakan zaman silam. So diorang kira macam sewakan tempat ni kepada mana-mana producer filem lah. Ini macam Pinewood yang akan dibuat di Iskandar Malaysia tu lah. Dalam kawasan ini juga ada beberapa tempat yang dibuka kepada orang awam kerana terdapat restoran-restoran yang menyediakan local food yang sedap-sedap. So kiranya, kalau ada luck, maybe kita boleh makan satu tempat dengan Fan Bingbing kott!


Ni kerusi Maharaja. Tapi Maharani nak tompang duduk kayy...

Kawasan Kolam Ikan

Cantik kan kawasan ni? Skop Production tak nak ke buat pengambaran kat sini? Udoh - udoh ler tu buat citer polis santri gerak khas tu... Cuba tukar ke genre Sejarah pulak. Haaa... buat kisah Puteri Han Lipo. Mana tahu ada investor nak melabur. Kalau jadi, jangan lupa ambik I jadi ekstra yerr... 


Kesimpulan

Amboiiii... kelasss kali ni ada kesimpulan, dah macam karangan pulak. 

Sejak saya berkhidmat di sini, saya dapati orang China sangat hormat pada tetamu. Pihak penganjur sering bertanya apa makanan yang boleh saya makan, apa yang tak boleh. Dan mereka juga boleh faham saya tidak boleh makan yang itu, dan tidak minum yang ini. Sebagai tetamu, memang lah saya tidak mahu menyusahkan tuan rumah / penganjur. Cukuplah masakan 'vegetarian' atau pun Seafood. Kadang kala saya tak bagitahu pun. Makan ajelah apa yang boleh. Tetapi disebabkan Asia Culture masih menebal, mereka kadang kala menyediakan makanan khas khusus untuk saya. Sungguh saya sangat-sangat terharu dengan reception yang seperti ini. Alhamdulillah, setakat ini tidak ada masalah bagi saya pasal makan, tapi of courselah tak boleh menandingi masakan Malaysia yang feichang foodporn!


Apapun.... tugas saya telah sehabis baik saya sempurnakan. Semoga ia dikira sebagai ibadah.

 Thanks for reading! more entries are coming.


  

No comments:

Post a Comment