Wednesday, 18 February 2015

From Kuantan to Canton

Saya tak tahu mana nak mulakan dulu. Terlalu banyak dalam kepala berlumba-lumba untuk dicurahkan keluar. 

Dalam kepala berfikir "Apa yang patut dimulakan dahulu?"
Hati berdetik terasa "Benda ni tak payahlah nak cerita..."
Sambil tu garu-garu kepala... "Laras bahasanya aku nak tulis macam mana?"

Mata kalau dok menung pandang screen laptop ni, memang sampai Kalendar Lunar Tahun Naga balik semula pun tak siap-siap blog aku ni!

Akhirnya jari bergerak menaip tentang lokasi tempat empunya DIRI berada. 

Rasanya itu yang lebih elok sebagai permulaan. Betul tak? Grammar ke, tatabahasa ke, bahasa rojak semua tu... tolak ke tepi dulu ye (Saya akan cuba untuk menggunakan tatabahasa dengan sebaik mungkin. Take note: C.U.B.A) hhehehe.... 

Cikgu Ani yang tegas mengajar subjek Bahasa Melayu masa zaman Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan dulu tu pun dah pencen... kot?

MAINLAND CHINA

Betul. Saya memang sekarang tinggal dan menetap di Tanah Besar China. Orang putih panggil Mainland China. Nama rasmi negara ini ialah People's Republic of China. Ada ke sesiapa yang tak pernah tengok peta negara China? 

Image result for map of china
Map of China.
(Maaf jika imej kurang jelas. Sila pakai kanta)





















Terdapat pelbagai tanggapan orang awam terhadap negara China. Biasalah, pendapat mestilah berbeza-beza. Waktu saya mula-mula dihantar bertugas ke China, ada macam-macam informasi yang sampai ke telinga. Kebanyakkannya memberikan persepsi negatif terhadap negara ini.  Contohnya...

1. Negara Komunis - maksudnya tak selamat untuk pergi atau didiami
(Ini komen orang-orang yang berhati waja semangat patriotik Rejimen Askar Melayu lama)
 
2. Mundur - Kerana dahulunya mengamalkan Dasar Pintu Tertutup
(Mungkin orang ni hidupnya tak baca surat khabar atau tak tengok berita. Paling cokia beli barang tak tengok 'Made in ...' negara mana)
 
3. Takde apa yang menarik langsung pasal China. Lagi best pergi Europe, Amerika gitu.
(Make it simple, dia ni tak pernah pun travel pergi China. So jangan compare dengan negara-negara Barat tu). Lagipun citarasa dan pengalaman masing-masing berbeza.


"Jadi, macam mana sebenarnya keadaan di China tu Lyd?"
(Ini soalan ramalan yang dah beberapa kali bocor tapi masih perlu dijawab)
.
.
.

SO?
.
.
.

Saya nak kongsikan beberapa perkara yang menarik dan tak berapa nak menarik tentang China.  Tak payah banyak-banyak lah ye... lapan cukup? (Sebab cina kan suka nombor 8...ada ONGGG maaaa...)

1. Negara yang besar. 
Sesuai sangat dengan nama negara ini yang dipanggil sebagai Tanah Besar China. Dengan keluasan negaranya yang lebih kurang 9.6 juta km persegi, kita dah boleh bayangkan betapa besarnya negara ni. (China adalah negara ke dua terbesar selepas Russia. Boleh tengok peta dunia kalau nak compare). 

Buat yang belum pernah datang ke China dan membaca tentang informasi negara ini, terdapat 22 Province (Wilayah), 5 Autonomous Regions, 4 Direct Control Municipalities (Bandar Beijing, Tianjin, Shanghai dan Chongqing) dan 2 Special Administrative Region iaitu Hong Kong SAR dan Macau SAR. Sebenarnya sewaktu saya mula-mula sampai ke China pada 1 Disember 2012 dulu, agak susah sikit nak hadam perihal pentadbiran negara ini. Tapi lama-lama dah okay... 


2. Penduduknya yang ramai.
"Macam buat Umrah!" ..... "Ramainya manusia..."  ......  

Heheheh... Itu antara ayat-ayat yang sering dilontarkan oleh saudara mara, sahabat-handai atau pelancong-pelancong yang datang ke sini. Orang dia memang... SUBHANALLAH ramai! 1.3 billion penduduk yang direkodkan pada tahun 2013. Dalam bandar yang saya tinggal iaitu Guangzhou sahaja sudah ada 13 juta orang. Separuh penduduk Malaysia! 

China ada lebih 100 etnik tetapi hanya 55 atau 56 sahaja yang betul-betul diiktiraf. Walaubagaimanapun, etnik yang terbesar adalah etnik Han. Dengan keluasan negara China merentasi utara, selatan, timur dan barat - tidak hairanlah masyarakat China itu sendiri ada bermacam-macam rupa dan dialek bahasa. Kebiasaanya orang utara tinggi dan cantik berbanding orang selatan yang rendah dan gelap sedikit. 

Bila saya dah travel ke beberapa provinces di sini, berjumpa dengan ramai kaum hawanya dan melihat rancangan-rancangan di televisyen. Fuhhh...memang lawa-lawa orang China ni. Tengok yang jual barang kat kedai pun lawa, yang jadi pramugari lagi lawa. Yang dah jadi selebriti tak payah cakap lah... Memang cantik semulajadi... Fan BingBing, Zhang Ziyi, Gao Yuanyuan, Gong Li, Li BingBing (sekadar menyebut beberapa nama). Tapi dalam ramai-ramai retisss China ke Hong Kong ke, saya punya all time favourite is Fan BingBing. Meletopsss mukanya! yang lain2 tu korang google lah sendiri. Tak sesuaiii nak tepek muka ramai2 artis dalam blog ni. I bukan Kak Nara hokay!


Image result for fan bingbing
My favourite face of China - Fan BingBing.
Ini muka original tau, takde plastik surgery
















3. Destinasi pelancongan yang menarik
Kita semua sedia maklum yang negara ini menyimpan seribu satu khazanah zaman kegemilangan empayar Maharaja China. Kesan sejarah era dinasti-dinasti Maharaja yang panjang itu sangat banyak dan masih wujud hingga kini dan dijaga dengan rapi. Sebab itulah, terdapat banyak tempat-tempat bersejarah menarik yang menjadi tarikan pelancong di negara China.

Selain itu, bentuk muka bumi China juga menyumbang kepada keindahan alam yang menakjubkan. Tidak hairanlah saban hari tempat-tempat menarik ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara yang begitu mencintai alam sekeliling.

Sebenarnya apa yang boleh saya kongsikan ialah setiap province itu memiliki daya tarikannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak tempat menarik di negara China, yang menjadi The Bucket List saya adalah untuk pergi ke tempat-tempat ini:-

 i) The Great Wall of China di Beijing
ii) Terracota Warriors di Xi'an
iii)The Bund di Shanghai
iv) Panda Breeding Center di Chengdu
v) Gunung Zhangjiajie (atau lebih dikenali sebagai Avatar Mountain)
vi) Kashgar dan Urumuqi di Xinjiang
vii) Lhasa di Tibet

Informasi tentang tempat-tempat menarik ni akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang ye. Actually, The Bucket List saya tu masih belum selesai lagi. Masih ada tempat yang belum pergi.  

Habistu....Bila nak pergi? Apesal tak pergi lagi? 
Ohoiiiii.... senggang masa nampak asyik nak berjalan. Ni yang nak bagi tengok peta China balik semula ni. Pastu mintak check jugak harga tiket. Domestic traveling kat China ni mahalnya Ya Rabbi... lagi-lagi kalau waktu peak season. Lagi murah balik Malaysia.

4. Puuuiiiii!!!!

Haaa.... sekarang nak cerita pasal benda yang paling aku tak berkenan. Eh...kejap saya kejap aku... alaaa ikut sukalah ye.....

Haaakkkk PUUUUUIIIIIII!!!!  



Rasanya tabiat ini dah menjadi satu perkara yang normal bagi masyarakat di negara ini. Bukan nak memburuk-burukkan tapi ini adalah kenyataan dan permandangan biasa kalau sesiapa datang ke sini. Bila diselidik, kebanyakkan yang berperangai kurang sopan ini biasanya adalah mereka-mereka yang berasal dari kampung-kampung dan kurang pendedahan tentang kesopanan gituuu. Kalau anak-anak muda yang lahir dan tinggal di bandar-bandar besar takde buat perangai macam ni. 

That day ada terbaca pasal a few penduduk di negara-negara di Barat yang merungut dengan perlakuan suka meludah di merata-rata pelancong China ini. Sebab itulah ada banyak tempat dah letakkan papan tanda 'DO NOT SPITTING' di dalam bandar-bandar mereka. Tiap-tiap kali jalan-jalan terasa nak bawak papan tanda macam ni -  BESAR-BESAR MACAM SEPANDUK!




So kalau jalan-jalan kena hati-hati wehhh... tak perlulah nak pakai kain yang meleret-leret tu.. kang tak pasal-pasal jadi mop lantai... euuwwwwww!!!

5. DRAGON of Economy

Sebagai kuasa ekonomi ke-dua terbesar di dunia, tidak dinafikan kepentingan negara China terhadap ekonomi negara, Malaysiaaaaa oh tanahair ku! Tanah tempat tumpah darahku.... (ok cukup, cukup..dah terpatriotik pulak!).

China merupakan 'lubuk emas' kepada peniaga di seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan bekalan bahan mentah, bahan separa siap dan barang siap bagi tujuan dagangan. Tempat di mana saya tinggal iaitu di bandar Guangzhou dan Wilayah Guangdong adalah tulang belakang, nadi dan jantung kepada para pedagang. Boleh dikatakan semua barangan Made in China itu datangnya daripada Guangdong Province. 

Psttt.... pastu kan... ramai je yang datang China ambik barang pastu jual kat IG, kat FB semua tu. Kalau pergi Wholesale market tu memang ramai aje kita berselisih bahu dengan ehem ehem...ehem ehem.... Tapi apa nak hairan, orang datang memborong daripada macam-macam negara kot. Orang kulit putih, hitam, sawo matang, cokelat semua ada. Yang kelabu-kelabu (sebab dalam proses pemutihan agaknya) pun hadooo!!

Barang-barang kat sini ikut harga. Nak yang murah, kualitinya kuranglah sikit. Nak yang kualiti tinggi pun ada... tapi harganya mahallah sikit. Ramai dah I jumpa you.... 

Malahan, setiap businessman di seluruh dunia mengimpikan untuk menembusi pasaran negara China kerana negara ini menjanjikan pasaran yang tidak ada di mana-mana negara lain. Tidak lain dan tidak bukan KUASA PEMBELI yang terdiri daripada rakyatnya yang berjumlah 1.3 billion itu sendiri! 

Orang China ni dahlah ramai, suka membeli pulak tu. Saya teringat sewaktu saya berbual-bual dengan exporter dari Malaysia yang telah berjaya menembusi ke pasaraya di Shenzhen, Guangdong. Beliau mengatakan, cukuplah 1 bandar sahaja (atau kalau modal banyak 1 province) kita dapat masuk, itupun kadang kala tidak cukup bekalan untuk dihantar kerana permintaan adalah sangat tinggi! 

Untuk itu, MIDA (pelaburan) dan MATRADE (perdagangan) - 2 buah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bekerja keras untuk memastikan hubungan ekonomi dua hala antara Malaysia dan China terus kukuh dan meningkat setiap tahun. (yang tu kerja I lah tu...)


Promo sikit dua agensi yang banyak berjasa kepada negara nihhh...




6. Eksotic Foodie

Orang dia makan macam-macam. Biasalah kan.... dah nama pun bukan Islam, so mana ada Halal Harommm. Tapi eksotik nya tu mengalahkan Cina Malaysia. Permandangan biasa bila ke pasar ialah nampak orang jual oink oink (pigggyy dalam bahasa manjanya). Tapi yang buat mak terkezuttt tu bila nampak buaya, biawak, kura-kura, tapak tangan beruang, burung helang, etc..etc... *tangan ke bahu, mata ke atas* Nasib baik panda tu haiwan diplomatik diorang. Kalau tidak, mungkin panda pun ada jual. huhuhu... 

Tapi mereka percaya makanan-makanan tersebut boleh memberikan kesihatan luar biasa kepada si pemakan dan banyak khasiatnya. 

So, Fear Factor memang kalau buat kat China ni, bab makan-makan tu no hal punyalah! Piece of cake!

7. Traditional Chinese Medicine (TCM)

Sejak berkurun lamanya, ubat-ubatan Cina digunakan secara meluas dan tabib-tabib Cina amat terkenal kerana kepakaran mereka dalam memberi diagnosis, merawat serta membekalkan herba-herba kepada para pesakit. Apa yang menarik perhatian saya di sini ialah bagaimana masyarakat China masih lagi berpegang teguh kepada rawatan TCM sebagai kaedah UTAMA. Hampir di setiap cherok tempat ada kedai Sensei dan mereka betul-betul menggunakan TCM bagi menggantikan ubat-ubatan dadah yang dikeluarkan oleh negara-negara Barat. 

Saya pernah melawat Hospital TCM di Chengdu yang mempunyai 6,000 katil pesakit! Sebuah hospital yang menempatkan 2000 doktor bertauliah dalam pelbagai disiplin dan kepakaran. Bila ditinjau ruangan Farmacy (tempat abik ubat tu) dah macam kedai runcit pulak. Sebab berpaket-paket herba di bungkus dan bau herba yang harum semerbak boleh dicium tatkala melangkah ke ruangan ini. Sungguh saya kagum dengan cara mereka berubat yang tidak mengambil sebarang chemical kerana mereka percaya makanan yang kita makan merupakan ubat paling mujarab. Apa yang pasti, kaedah rawatan dan ubat-ubatan ini telah didokumentasikan sehingga menjadi satu silibus lengkap. TCM University sendiri telah melahirkan puluhan ribu tabib / doktor pakar dalam bidang ini. 

Orang kita, bomoh-bomoh tu macam mana pulak ye....?


8. L.O.U.D. and its annoying 

It's true and I will say it straight to their face if they ever shout in front of me! (haaaa...amacam ganazzz tak hakakkk???)





Tapi itulah norma masyarakat ini yang memang sejak azali mungkin suka bercakap kuat. Ataupun mungkin mereka semua dilahirkan memang bersuara lantang bagi melayakkan diri ke pentas Opera? 

Peking Opera
Sichuan Opera




Secara positif, diorang ni memang jenis tak mengumpat kot? Sebab cakap sebatu boleh dengar.... satu restoran boleh tahu apa dia borak! Kawan-kawan Mat Salleh memang benggang dengan peel LOUD depa nih. Yang tak berapa Salleh pun benggang jugak!

Teori yang paling tepat rasanya adalah kerana jumlah penduduk yang ramai. So competition is very high. Who ever speaks the loudest, his / her voice will be heard and be respected. Maybe? Jadi, kalau kita dengar dia bercakap macam nak bergaduh tu... itu biasa. Bukan bertekak pun, itu bermesraaaaa gamaknyaaa..... 

Nota kaki
Tapi, walau apa pun.... yang paling penting Alhamdulillah saya rasa suasana di bandar-bandar di sini adalah sangat SELAMAT. Setakat ini saya tidak ada sebarang masalah ketika pulang lewat malam atau ke mana-mana kerana kawalan keselamatan yang ketat. Polis ramai yang bertugas. CCTV juga ada di mana-mana. Saya juga percaya Allah sentiasa ada bersama menjaga saya dan keluarga sepanjang kami merantau di negara orang. 

Apabila diri rasa selamat dan selesa, segala kekurangan dan kelemahan di sekitarnya akan dianggap sebagai perkara-perkara kecil.  Yang paling utama perlu pandai menjaga diri dan elakkan diri daripada ke tempat-tempat yang menjadi tumpuan umum pada waktu-waktu puncak yang luar biasa kerana MALANG ITU TIDAK BERBAU. Semoga kami sentiasa dalam peliharaan dan dilindungi Allah SWT.

Okay, sekian dulu. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Thanks for reading!








3 comments: