Saturday, 21 February 2015

Cherry Blossom

The Spring is in the air!!!

It is Chinese New Year and as usual there will be a looong holiday in China. The official public holiday given by the China Government or the local companies will be 7 days (or sometimes more). Hmmm... Quite a lot right? Well, this is to ensure all the local people can go back to their hometown to ring in the Lunar New Year with their loved ones. I will share about the biggest annual human migration in my next entry. Stay tuneee..... (ewahhh, siap ada promo lagi)

Bagi kami si Konsulat Jeneral Malaysia dan agensi-agensi dibawahnya, cuti sama macam kat Malaysia. Ditambah dengan Sabtu dan Ahad, ini menjadikan cuti Tahun Baru agak panjang.  

Di China, sambutan Tahun Baru Cina juga disebut sebagai Spring Festivals. Ini menandakan tamatnya Musim Sejuk dan bermulalah Musim Bunga. Guangzhou yang juga digelar sebagai City of Flowers tidak terkecuali merayakan pesta bunga pada setiap tahun. 

Jadi, pada hari pertama Tahun Baru, saya bawa Wafa dan Acu pergi ke Yuntai Garden di Baiyun District. Pagi-pagi lagi kami dah bersiap... sebab nak tengok bunga kembang. Excited!!!

Alih-alih bila sampai sana, dalam pukul 10 pagi dan kami tengok- ohoiiiiii.... ramainya manusia!!! Wehhh... diorang ni tak makan kuih raya ke kat rumah? Tak pergi melawat kubur ke, sedara mara ke? Aiyyaaaaa..... Tapi demi nak melihat bunga-bunga terutamanya Cik Cherry Blossom kami tetap akan masuk. Gigih tau I beratur panjang beli entrance tiket. Dah macam nak beli tiket bola gitu. Entrance fee is RMB 25 for adults and RMB13 for kids.

Yuntai Garden

Sama ada kita akan teringat pada lagu "Engkaulah sekuntum bunga sakura..." atau pun lagu daripada Kartun Para-Para Sakura



Sejak saya tiba di Guangzhou pada tahun 2012, saya masih belum pernah berkesempatan (atau perkataan yang sebenarnya iaitu - berkeinginan) untuk ke sini. Actually dulu saya bukanlah peminat bunga, tetapi mungkin disebabkan faktor usia yang makin meningkat ni menjadikan saya suka pulak dekat bunga-bunga ni. (Mungkin dah menjadi semakin feminin). Heeee.....
Okayyyy.... memang Yuntai Garden ini sangat besaqqqq hokayyy... orang ramai yang berpusu-pusu kat pintu masuk tu terus bergerak secara rawak dan melata menjadikan suasana di dalam Yuntai Garden sangat selesa, tenang dan BEST! Ditambah pula dengan bunyi pancuran air, burung-burung terbang bebas berkicau riang dan permandangan indah bunga-bunga pelbagai jenis mewarnai spektrum semua mata yang memandang. 

Suhu pada hari itu ialah 16 darjah celcius. So... memang sedap-sedap ajelah weather untuk berjalan, berposing dan berlari mengejar anak dara seorang ni yang excited tengok segala macam dekorasi di Yuntai Garden. Terletak di bahagian selatan kaki bukit Baiyun Mountain serta berkeluasan seluas 120,000 sqm, Yuntai Garden dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga dan dekorasi yang bertemakan Oriental dan Roma. Ada Rose Garden, Rock Garden, Tulip Garden, Friendship Garden dan macam-macam lagi. Ada juga Cable Car yang menghubungkan ke tempat The Peak Scenery Spot di puncak Baiyun Mountain. 

Entrance of the Yuntai Garden. Nasib baik bawak Monopod. Tak sanggup nak mintak tolong orang ambikkan gambar

First shot

Sesuai sungguh dia ni berbintang Pieces. Pantang nampak air aje dia jadi happy semacam

Bunga - bunga cantik segar

Berlatar belakang kan bunga dan manusiaaaaa


Kawasan pertama menempatkan lanskap bunga-bungaan yang segar melatari kaki bukit serta ada beberapa buah kincir air (windmills) agar para pengunjung terasa seperti berada di Amsterdam. Erkkkk... kunun lah tu ... mula-mula memang rasa macam kat Amsterdam. Tapi bila dah bising sana sini, time nak bergambar semua pakat selamba lintas depan kamera- terus rasa macam..emmm... damn!







Ada kasut. Konon-konon macam kat Holland jugak lah ni.

Yang ini adalah deko yang paling aku tak paham. Apesal nak kena ada Kereta Cinderella ni kat sini? Dah jenuh pulak nak kena explain kat budak kecik ni ....

Rock Garden. Macam Melur bertemu dgn Ibunya dalam Batu Belah Batu Bertangkup

The purple flowers



Dan akhirnya kami tiba di kawasan bunga-bunga Tulip. Memang cantiklah tulip ni walaupun sikit aje yang ada di sini. Apapun, dapatlah tengok dekat2 dan tunjuk pada Wafa apa itu Tulip.

Red Tulips. Dah ada yang mula kecuttt

Yang kaler oren ni memang cantik


Wafa macam tak exciteddd aje nampak tulip. Huhuhu...

Haaaa...yang dua orang ni memang excited habis.



Rose Garden


Apabila tiba di Rose Garden, memang agak mendukacitakan. Mungkin sebab bunga rosnya tak banyak lagi yang kembang. Lagipun, saya rasa Rose Garden yang dekat Cameron Highlands tu lagi cantik-cantik bunganya dan besar-besar. Masih ingat lagi dulu saya pernah bergambar dengan bunga ros di Cameron Highlands yang besarrrr macam nak sama saiz dengan muka sendiri.

Selepas selesai naik bukit, turun bukit dan hampir 2 jam setengah berada dalam Yuntai Garden, sudah tiba masanya untuk kami keluar. Pada pemerhatian saya, dari segi landskap dan bunga-bunga memang cantik. Taman nya juga bersih. Sangat sesuai untuk educate kanak-kanak tentang flora. Cuma ada beberapa tempat yang tak dapat saya nak lawati sebab kawasannya yang sangat besar dan Wafa pun dah tak larat (alasan lah tu padahal ummi pun dah laparrr). Lepas tu, ada banyak deco-deco yang tak dapat nak ambil gambar sebab orang ramai dah penuh kat situ nak bergambar. Tak kuasaaa akakk nak berebut dengan diorang yang tak reti nak beratur tuhhh.... 

Sedihhh tak dapat tengok bunga rose yang cantik terubat bila balik rumah. Sehari sebelum CNY, saya ada beli bunga ROSE di Tianhe Flower Market, kat depan ofis aje. 
Tengok-tengok bunga Rose saya dah kembanggg.... sekembang hati tuannya.... yeay!

Teringat pada lagu lama yang sering saya dengar di Klassik Nasional.
 
Oh..... Bunga Ros
Pohon mu berduri
Jaga diri berhati-hati
Banyak kumbang ingin datang menghinggapi

(Petikan lirik dari lagu Bunga Ros nyanyian Tan Sri SM Salim)

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang.

No comments:

Post a Comment