Pagi-pagi dah belenje air mata. 'Belenje' tu bahasa orang Pahang yang maksudnya berlinang-linang. Tiba-tiba macam ada satu gangguan emosi yang bertimpa-timpa.
Macam inilah turun naik perasaan orang duduk berjauhan. Jauh daripada keluarga dan kawan-kawan. Ups and downs gitu. Lepas subuh belenje air mata. Rindu sangat pada semua di Malaysia. Bila Wafa bangun, cepat-cepat saya kesat air mata. Saya tak suka anak nampak saya menangis. Nanti bila bibir comelnya bertanya, soalan-soalannya yang tak mampu saya jawab itu akan membuatkan hati ini bertambah hiba.
Dulu-dulu masa muda (dan sekarang masa tak berapa muda ni pun) saya memang senang keluar air mata. Tengok drama menangis, kena marah dengan mak abah pun menangis, tgk orang kena marah menangis, dengar lagu sedih menangis, dengar citer sedih pun nangis, diri sendiri bercerita lagilah menangis. Memang cepat gilaaaa keluar air mata. Bukan dibuat-buat hokayyy, ini memang air mata tu keluar sendiri, tidak dapat di tahan-tahan.
Dan saya punya tindak balas biologi terhadap kawasan mata tu kalau dah menangis memanglah tak dapat nak diampunkan lagi. Mata akan membengkak sepanjang hari. Kalau kes yg haru biru memang sampai muka jadi sembab. Pastu sakit kepala, pastu sakit mata ... pastu terus kena pakai sunglass nak keluar ke, pergi office ke, sebab nak cover mata yang bengkak. Terus feeling macam Kak Lina.
Dont ask me why I wear sunglass to the office, otherwise I'll..... (Ini lah Kak Lina I...) |
KBS dan air mata
Sekarang ini pulak, saya pun ada rasukan terbaru. Tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja akan tengok Channel KBS drama Korea tajuk "Love and Secret". Ntah macam mana boleh terjatuh cinta dengan cerita pakwe mata sepet ni pun aku tak tahu. Maybe sebab dah 2 tahun lebih asyik tengok leng chai aje kat sini, sampai boleh ter'feeling' pulak tengok si Kim Heung-Soo tu... Hahahha.. aaaneeohangsayoooo!
Love and Secret. Baru episod 67. Kalau dia buat smpi seratus lebih memang babai lahhh, tak kuasaaa nak follow |
Sebenarnya
memang dah lamaaaaa gilaaa saya tak terjebak dalam percintaan satu hala
dengan hero-hero drama seperti mana kengkawan di Malaysia. (Aku tak larat lahhh baca status korang pasal Zul Ariffin lahhh...Adi Putra lahhhh.... Amar Baharin semua tuhh) Tapi tak
tahulah macam mana boleh sangkut pulak kat hero korea ni. Huhu...
Tapi dalam drama Korea tu.... baik lelaki, pompuan, tua, muda, ahjuma semua kalau sedih aje ..... T_T... asal sedih sikit T_T. Nangis pulak tu yang tahap hiba-hiba punya.
Aiyoooo... betullah kata KJ Menteri Belia, lelaki yang tampan itu bukan daripada Korea... (indirectly lah kan?). Faham tak kaitannya di situ? Faham takk??? Kalau faham okay, kalau tak faham, sudah! Abaikan.

Air mata dan perasaan
Actually itu bukan motif entry kali ini. No No No! Kali ini saya ingin berkongsi berkenaan air mata. Anyway, setiap orang pasti ada pengalaman sedih masing-masing, pernah mengharungi detik-detik sukar dalam hidup dan berhadapan dengan ujian yang menduga kehidupan. Saya percaya kita semua Allah ciptakan ada bahagian masing-masing. Allah Maha Adil dan sentiasa melimpahkan kasih sayang pada setiap hambanya. Jadi setiap kita akan merasai kebahagian, kesenangan dan kegembiraan dan sebaliknya jua.
Fenomena biasa bila kita lihat ada orang dilipahi kekayaan tapi diduga dengan tiadanya zuriat. Ada orang diberikan kecantikan tetapi rupanya ada menghidap penyakit. Ada keluarga yang hidup dalam kesempitan, tetapi lazimnya dilimpahkan rezeki dengan anak yang ramai. Begitu juga dengan adanya orang yang bekerjaya hebat tetapi anak-anak nya biasa-biasa sahaja. Itulah KEADILAN yang Allah beri dalam hidup ini. Itulah UJIAN. Diberi nikmat yang lebih disini, ditarik sedikit nikmatnya ditempat lain.
Cuma saya, anda dan kita semua kadang-kadang terlupa bahawa kelebihan diri dan kesenangan itu juga adalah salah satu ujian. Wajah yang cantik dan tampan, pemikiran yang cerdik dan pandai, kekayaan dan keturunan, anak-anak yang pandai itu juga satu ujian. Dia ingin melihat bagaimana kita mengurus 'kelebihan' diri yang dipinjamkan seketika kepada kita itu ...adakah digunakan ke arah perkara yang baik ataupun tidak.
Bagi diri saya sendiri, alhamdulillah perjalanan hidup ada macam-macam warna dan pancaroba. Kalau nak cerita semua kat entry ni memang takkan muat. Kena buat novel gamaknya! Cuma apa yg saya boleh ingat pasal dugaan dan air mata adalah bila saya mula berdikari; atau dalam erti kata lain bila saya mula-mula bekerja selepas tamat pengajian di Universiti.
Protonians
Saya masih ingat, mula-mula melapor diri untuk kerja yang pertama selepas grad ialah di Proton Holdings Bhd di mainplant, Shah Alam. I pun minah kilang jugak you.... tapi duduk kat Bahagian Finance. Hari pertama saya bekerja, saya membawa kereta abah yang saya pinjam. Saya panggil 'Ferrari', dan kereta itu ibarat rumah. Dalam kereta Iswara Merah saya tu ada tilam, ada kain baju dan semua benda yang saya bawa pindah daripada rumah sewa di tahun akhir di kampus ke Shah Alam. Memang feeling pengembara sungguh. Waktu tu saya nak menumpang berteduh duduk di rumah makcik saya, adik mak yang kembar, paling bongsu yang saya panggil Mak Dik. Tapi Mak Dik takde di rumah. Saya berpusing-pusing mencari tempat nak berehat dalam keadaan esok lusa nak report duty ni. Dengan kereta 'Ferrari' tu lah saya drive ikut suka hati redah dan saya cari Masjid utk berehat.

Saya drive sampai ke sebuah kawasan seksyen berapa aku tak ingat dah tahun 2005 tu.... dan cuba utk masuk berehat di masjid tu... tapi berkunci. Alamakkk...so masuk balik kereta dan terfikir.... pergi Masjid Besar ajelah...sure bukak. Alhamdulillah saya dapat berehat di Masjid Shah Alam yang cantik tu untuk melepaskan lelah. Sempat telefon mak untuk memberi perkhabaran dan mengadu Mak Dik takde di rumah... (dalam hati huhuhu T_T...menangis lagi... sebab rasa sangat lonely). Saya rasa itulah kali pertama saya rasa hidup kena berdikari sekarang! Tapi kena kuatkan semangat nih... kata nak kerja jauh tak mau kerja kat Kuantan. Ambik kau!
Hari pertama kerja, HUJAN. Waktu tiba di tempat parkir, saya terpaksa park jauhhhhh...sebab dah penuh kawasan depannya. Buat pertama kali nampak ramainya orang lelaki dalam satu kawasan. Dulu2 kat kelas ke mana-mana ke di Kolej memang ramai perempuan daripada lelaki. Dah ready siap-siap kunci kereta dan melangkah penuh gaya Executive Trainee (masa tu ingat lagi pakai kebaya kurung - kebarung - biru kosong dan tudung biru muda, konon nak sama warna dengan tempat kerja) . Tiba-tiba 'splashhh!!!!' ada satu kereta ni sudah langgar lopak air dah habissss terpercik air dalam lopak tu kena kat baju I youuuuu!!!!! Bayangkan lah! Memang drama habis. Nasib baik lah tak obvious sangat.Dah jadi ala-ala macam corak gitu kat baju. Masuk-masuk HRD terus carik toilet dan keringkan baju tudung semua pakai pengering tangan yang kat toilet tu.
Bila habis 1 hari program orientasi, saya pun balik dengan hati gembira... yelah ..kerja pertama babe.. mestilah happy. Masuk kereta, bukak radio dan perlahan-lahan menyelusuri jalanraya. Meredah jam di seksyen 24 tu. Pastu saya mula perasan, motor-motor lalu dok pandang-pandang. Kereta yang belah sana dok tengok-tengok dan hon-hon kat kereta aku. Ni amenda pulak ni???? Kain tersepit ke? Bonet tak tutup ke??? Ke ada orang buat pedajai kat kereta aku?
Pastu ada satu brader ni siap jerit buat isyarat suruh bukak tingkap. Adoiii ...salah jalan ke apa aku ni?? Disebabkan bising, yang aku dapat dengar hanyalah TAYAR tu... dah PANCIT!
Pastu ada satu brader ni siap jerit buat isyarat suruh bukak tingkap. Adoiii ...salah jalan ke apa aku ni?? Disebabkan bising, yang aku dapat dengar hanyalah TAYAR tu... dah PANCIT!
Ya Allah... itu lah dugaan hari pertama bekerja. Saya berpatah balik, park tepi highway dan turun untuk check. Takde sorang pun yang berenti tolong walaupun akak bukan main ayu lagi petang tu. Alhamdulillah, bateri handphone Nokia Butterfly masa tu masih ada dan sempat telefon Mak Dik utk datang tolong. Mak Dik datang bawak kawan dia tolong tukar tayar tepi highway tu. (Masa tu ilmu tukar tayar semua dah hilangggg... gila ko, aku dah lah berlejeh-lejeh peluh tepi jalan, pastu satu spannar aje yg aku kenal dalam tool box tu. hahahaha). Pergi bengkel tukar semua tayar baru dan bila selesai semua, malam tu hiba terus.. Menitik jugaklah air mata.... Rasa tak bestnyaaa first day experience!!!!!
Itu pengalaman hari pertama bekerja. Tapi bila dah semakin lama hidup, macam-macam pengalaman dan dugaan lain yang lebih berat dilalui. Kenangan hari pertama bekerja itu menjadi kenangan manis yang diingat sampai bila-bila. Lebih kelakar orang yang langgar lopak air tu rupanya ada abang daripada Bahagian Finance jugak! Hahahha Lawak lawakk...dia yg bagitahu... saya ada langgar lopak air masa tu kena kat adik. Kih Kih Kih!!!
Di Proton saya mula kenal erti alam pekerjaan, kehidupan sebenar dan realiti sesudah keluar daripada Universiti. Gaji permulaan kami sebagai Executive Trainee kecik aje. Starting RM 1,000 dan lepas probation naik RM 1,600. Tapi alhamdulillah, cukup aje utk hidup saya dan suami yang juga baru bekerja waktu itu. Alhamdulillah, Allah menjaga kami, cukup aja makannya setiap bulan, tapi biasalah... baru berkahwin dan mulakan hidup... takde banyak mana dapat menyimpan.
Di Proton, kenalan ramai yang senior, dan baik-baik semuanya. Yang bijak pandai ramai, yang alim juga ramai, yang suka moncong-moncong muka pun ada, yang sengal-sengal pun hadoo, yang kelakar ada, yang melatah pun ada. Bila ingat balik tempat pertama cari rezeki ini, saya akan ingat kata-kata seorang senior yang saya panggil Abg Bani, dia cakap "Rezeki ni kadang-kadang kita tak nampak. Tempat kerja yang baik itu rezeki, Boss yang baik itu juga rezeki, malahan rumah yang selamat itu pun rezeki dan kita kena bersyukur". Terima kasih Abg Bani. Walaupun dia hanya beri kata-kata yang ringkas, tapi saya masih ingat sampai sekarang. Abg Bani ni ada anak kembar 3. Comel-comel sungguh semuanya. Mesti dah besar diorang sekarang.

Ujian Getir dan Air Mata
Semua orang dalam hidup ini menghadapi ujian. Sama ada berat atau ringan. Sama ada pahit atau biasa-biasa. Ada juga yang ditanggung sendirian dan ada yang mendapat sokongan dan bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan.
Tapi tak semua perkara boleh diluahkan, betul tak? Ada yang hanya mampu kita luahkan dengan linangan air mata. Itu mungkin terjemahan yang paling sempurna untuk membiaskan perasaan yang terkumpul dan terpendam. Lazimnya wanita lah yang akan cepat tersentuh (selain lelaki dalam drama yang boleh nangis-nangis).
Ada yang merayu simpati. Ada yang cekal menghadapinya sendiri. Ada yang ingin berkongsi, tak kurang ada yang menyimpannya cukup untuk diri sendiri. Semuanya pilihan yang letaknya di tangan kita sendiri.
Setiap orang punya sebab untuk tindakan dan pilihan yang dibuat. Berkongsi bukan juga bererti ingin meraih simpati. tapi lebih kepada ingin melepaskan perasaan yang dirasai, untuk mengurangkan keresahan dan kesedihan. Sungguh beruntung orang yang miliki keluarga dan bertemu teman-teman yang mampu memberi nasihat dan panduan bagi mencari jalan keluar.
Berdiam diri juga bukan bererti tidak mahu berkongsi. Mungkin ada sebab tersendiri. Ada yang tidak mahu dilihat lemah, ada yang tidak mahu merisaukan orang lain. Ada juga yang merasakan dengan berkongsi, tidak akan dapat menyelesaikan apa-apa pun.
Menangisi apa yang berlaku juga bukan bererti kita tidak berdaya. Tapi ia satu luahan perasaan yang terkumpul. Ada kala hanya dengan tangisan yang dapat betul-betul melegakan perasaan. Dan semestinya tangisan yang paling melegakan adalah apabila menangis, mengadu dan bercakap dengan Yang Maha ESA.
Nota Kaki
Kita perlu meyakini bahawa Allah tidak akan menurunkan ujian-ujian yang tidak mampu untuk dihadapi oleh hambanya. Ujian hanyalah salah satu warna dalam kain putih kehidupan yang menambah corak dalam catatan perjalanan. Pastinya tersembunyi seribu satu hikmah yang kita akan sedari suatu masa nanti.

Dan saya masih akan menitiskan air mata, akan menangis dan mengadu padaNya kerana Dialah pendengar yang paling setia. Sentiasa ada bersama saya, walau di mana jua saya berada.