Di hadapan Heaven's Gate, Tianmen Mountain |
Bangun pagi tu rasa amazing! Sikit pun kaki tak sakit. Maybe sebab semalam dah urut kaki after turun dari gunung. So kitorang plan hari kedua nak pergi tengok bunga-bunga peach blossom dan lepas tu nak pergi Tianmen Mountain.
Oh, maybe ada yang tak faham kisah ni. Actually, entry ini adalah sambungan kisah sebelumnya (so kena baca entry sebelumnya).
Akan tetapi...selepas breakfast, hujan mula turun renyai-renyai. Tapi kami tetap nak teruskan juga perancangan untuk pergi tengok Peach Blossom (spesis Sakura). Bila sampai ke kawasan gunung, kenderaan peribadi tak dibenarkan masuk. So nak kena menapak naik atas gunung. Guard cakap 1 jam untuk sampai ke ladang bunga. Halfway kami naik bukit, hujan semakin lebat dan air dari atas bukit turun dengan laju. Chan cakap nampak macam bahaya... sebab air turun deras. Kami tak nak ambik risiko, jadi kami berpatah balik ke arah tempat parking kereta. Kasut kami pun dah mula basah.
Memanglah agak hampa... tapi bila kami sampai di kawasan parking kereta, saya lihat di hadapan saya adalah sebuah bukit besar yang penuh dengan tanaman pokok Peach Blossom! Apalagi, riang bukan kepalang... at least adalah sedikit kenangan untuk dibawa pulang. Dalam hujan tu, sempat lagi kami ambil beberapa keping gambar bunga-bunga yang cantik dan suasana sekeliling yang nampak 'segar'.
Saling tak tumpah seperti sebuah lukisan. Pokok bunga kuning tu ialah Grape Seed Flower, boleh dijadikan minyak masak. |
Aksi dalam hujan sambil berpayung. |
Masuk aje dalam kereta, kami pun mula menyusun kembali itinerary...dah hujan lebat ni, mana nak pergi? Nak pergi tengok tasik pun dah tak sesuai... sebab nanti nak naik bot sure bahaya dan takkan nampak apa. Jadi Venus mencadangkan kita semua ke sebuah Istana Lama yang dahulunya didiami oleh Maharaja etnik Tujia yang terletak di sebelah Timur bandar Zhangjiajie. Lawatan ke Istana Tujia ni memang menarik sebab bangunan tersebut telah pun dibangunkan sebagai Museum Tujia. Kami dapat lah tengok adat resam, persembahan budaya dan yang paling best ialah bila kami berkunjung ke area makanan. Kalau korang nak tahu, orang-orang Hunan Province makan makanan yang pedas-pedas. So memang banyak jugaklah kami beli cili-cili dan tak lupa saya dapat makan Smelly Toufu!
One of my favorite, Smelly Toufu |
Di kawasan serambi bilik Puteri Raja |
Saya dan Kathy di kawasan Balkoni |
Dah macam Lawatan Sambil Belajar, sebab pergi Museum.. heheheheh |
Selepas dah selesai tour Museum, kami taobao spicy mee untuk makan dalam
van. Cuaca dah bertambah baik jadi kami mengambil keputusan untuk terus
menuju ke Tianmen Mountain. Perjalanan adalah dalam 10 minit dengan van
ke arah Stesyen Cable Car. Untuk rekod, cable car yang akan kami naiki
ini adalah yang terpanjang di dunia iaitu jarak perjalanan sepanjang 7.5 km dan akan mengambil masa
selama 35 minit menuju ke puncak paling tinggi di Zhangjiajie iaitu
1,500 meter daripada aras laut.
Apa yang menariknya, kami dapat melihat daripada dalam cable car, lingkaran jalan raya sebanyak 99 'bends' atau pusingan (ni yang Venus bagitahu) untuk sampai ke puncak Tianmen.. Haiiyoooo penin kepala kalau naik daripada bawah ni. Suasana di sekeliling adalah permandangan yang sangat cantik dengan tompok-tompok awan dan kawasan pergunungan yang berwarna hijau dan kebiru-biruan. Ada masa kami akan masuk ke dalam kelompok awan, dan ada ketikanya kami dapat melihat gunung yang tersergam indah.
Sukan Ex-stream di Tianmen. Flying Canopy |
Cantikkan gambar dari dalam Cable Car? Saya juga ada tambah dua keping imej daripada pelancong lain yang dimuatnaik ke dalam internet untuk memberi gambaran 99 bends - Laksana ular panjang yang melingkar-lingkar memanjat gunung.
Selepas 35 minit, kami pun sampailah di puncak gunung Tianmen. Suasana pagi itu agak sunyi, mungkin sebab baru lepas hujan, jadi tidak ramai sangat pelancong. Permandangan di sekeliling putih bersih... dah macam musim Salji pula. Masih banyak lagi pokok-pokok yang hanya tinggal ranting, belum tumbuh daunnya. Banyak pokok-pokok yang tumbuh di kawasan gunung tersebut, cantik menjalar menampakkan warna hijau, adakalanya kelabu dan coklat kehitaman.
Putih... seperti musim salji pula. tinggal takde salji aje |
Permandangan cantik di atas gunung |
Dan elemen yang paling menarik di atas Tianmen Mountain sudah semestinya Glass Floor sepanjang 80 meter yang dibina ditepian, seolah-olah melekat pada sisi gunung. Nasib baik saya bukan jenis yang gayat... cuaca yang berkabus juga membantu... sekurang-kurangnya kami tak nampak sangat keadaan di bawah.
Memang menarik.... tapi dalam pada teruja saya juga agak risau.. manalah tahu...kalau -kalau glass tu retak ke.. pecah ke..almaklumlah..'Made In China' kannn... heheheheh... tapi tahap keselamatan memang sentiasa dititikberatkan dan dipantau oleh petugas. Saya rasa hari kedua ini lebih relaks berbanding semalam yang memerah seluruh tenaga. Di bawah ini adalah imej glass floor yang menjadi salah satu daya tarikan di sini.
Selepas itu, kami mula turun menggunakan cable car untuk menuju ke arah Heaven's Gate. Untuk ke sana, kami perlu berhenti di Middle Station dan mengambil bas yang akan membawa kami ke kawasan sebuah pergunungan yang memiliki batu yang berlubang seolah-olah pintu masuk ke arah satu alam yang lain. Alamakkk... saya baru aje cakap tadi... rasanya hari kedua lebih relaks, tapi rupa-rupanya kami perlu mendaki 999 anak mata tangga yang sangat curam untuk tiba di Heaven's Gate! Memang ada escolator, tapi kami nak experience jugak menaiki tangga tu.
Venus masih mengelat lagi sekali sebab dia sakit kaki! Hahhaha... so saya, Chan dan Kathy naik perlahan-lahan. Mula-mula, setiap kiraan 100 saya berhenti. Lama-lama rasa mcm tak cukup oksigen dan kaki rasa mcm nak cramp... so saya stop rehat sekejap. Chan pulak steady aje... yelah, dia dulu athlete .. So dia dah macam coach sukan pada saya dan Kathy. Ajar teknik pernafasan dan bagi kata-kata semangat pada kami untuk terus kan mendaki. Lucu pulak bila fikir balik.... tapi akhirnya kami berjaya juga mendaki 999 mata tangga yang bersamaan 3 kali ganda Batu Caves!
Yeayyy... berjaya! |
Inilah wajah ceria apabila kami sampai ke atas. Bila mendongakkan kepala, di depan mata saya adalah Heaven's Gate yang berstruktur seperti gua yang berlubang dengan ketinggian yang entahlahlah berapa meter... Penat sangat ohoiiii.. dah sampai tak larat nak baca notice board tu. Nafas turun naik dan dah boleh dengar bunyi jantung berdegup kuat seolah-olah berada dekat sangat dengan telinga. Yang saya nampak, ada poster berkenaan beberapa pertunjukan akrobatik dan penerbangan melintasi 'pintu' tersebut.
Mau tak seram... cerr tengok nih! |
Mengikut kepercayaan orang tempatan, dikhabarkan seketul batu jatuh dari langit membentuk rupa 'pintu' seperti itu. Bila pandang lama-lama lubang tu, macam seram pun hadooo.... takuttt sebab tak tahu apa yang ada disebaliknya... Teringat kisah Batu Belah Batu Bertangkup pun iya juga.
Kami tak nak pergi dengan lebih jauh, juga tak mahu turun ke bawah semula dengan tangga kerana sangat bahaya dan curam.
Selesai bergambar, kami sempat mengabadikan 'Friendship Lock' di hadapan Heaven's Gate, dengan meletakkan mangga tanda persahabatan kami. (Kebetulan pulak Chan ada bawak mangga).
Kami turun dengan escolator, bertemu dengan Venus yang dah tersengih-sengih kat bawah..... Sebelum balik ambik gambar lagi... rasa tak percaya, boleh mencabar diri dan berjaya naik dengan kaki sendiri! Cayalah.. lepas nih boleh lah naik office ke tingkat 18 tu naik tangga..hahhahahah....
Dah ... habis basah kasut dan seluor... kat atas tadi tiba2 hujan. Jadi budak sekejap.. main hujan. |
Hari pun beransur petang, dah pukul 430. Jadi kami dengan segera turun ke bawah, ambil van dan terus ke kedai makan yang sangat authentik. Makan seperti satu keluarga zaman dahulu dihadapan dapur pemanggang. Tapi disebabkan sampai-sampai tu kasut dan stokin kami basah lenjun, tengok lah apa yang disalai dahulu... tak senonoh sungguh kan? Kih kih kih... jangan ditiru aksi kami nih.. mau termuntah mak mertua tengok! Tapi kami semua satu kepala.. so tak kisah sebab dah tak tahan sejuk.
Cheers with Kiwi drinks from the mountains. Kiwi murah, tak sampai 1 yuan sebijik |
Pada jam 750 malam saya dan Chan berlepas pulang ke Guangzhou. Sedih... sebab meninggalkan Kathy dan Venus selepas 3 hari 2 malam bersama-sama mereka. Yang pasti kami membawa pulang kenangan yang teramat manis, pendakian mencabar untuk melihat gunung-ganang di Zhangjiajie serta jalinan persahabatan yang tidak mengenal agama, bangsa dan negara.
Di dalam perut kapal terbang, saya tersenyum puas... Salah satu impian dalam The Bucket List saya telah tercapai. Alhamdulillah, wa syukurillah...
Zhangjiajie 张家界, all the precious moments with you... will always be in my mind and nailed into my heart....